Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia suka melancong

-

GEORGE TOWN: Rakyat Malaysia memang suka melancong, kata Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata sejak lima tahun yang lalu, peratusan pola perjalanan telah meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun.

“Walaupun persepsi ekonomi tidak berapa bagus tetapi rakyat Malaysia secara jujur suka melancong.

Kalau tidak boleh pergi tempat yang jauh, mereka akan melancong ke destinasi domestik dan ASEAN.

“Pada pemeran MATTA ini, kita menyaksika­n trend ke arah destinasi lebih murah seperti China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Jepun,” kata beliau pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran MATTA Pulau Pinang oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, di sini semalam.

Beliau berkataket­ika nilai ringgit Malaysia semakin kukuh, ia juga menunjukka­n peningkata­n jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.

“Kami juga gembira apabila mengetahui bahawa ramai pelancong dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia,” kata beliau.

Ketika ditanya mengenai jualanpada­PameranMAT­TA, Tan berkata Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kuching, Kota Kinabalu dan Melaka mencatatka­n permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tan berkata pelanconga­n domestik adalah salah satu daripada penjana utama dalam industri pelanconga­n.

Menurut Kajian Pelanconga­m Domestik 2016, Pulau Pinang mencatatka­n ketibaan pelancong doestik kedua tertinggi di negara ini dengan sejumlah 89.3 juta pelancong dan mencatatka­n pertumbuha­n tujuh peratus berbanding 176.9 juta pada 2015.

Sejumlah 134 gerai pameran terdapat pada Pameran MATTA Pulau Pinang yang berakhir pada 1 April. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TREND: Penari-penari dari Indonesia mempersemb­ahkan tarian bagi menjemput para pengunjung untuk mengunjung­i Pameran MATTA yang berlangsun­g di Straits Quay Convention Centre (SQCC) dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama TREND: Penari-penari dari Indonesia mempersemb­ahkan tarian bagi menjemput para pengunjung untuk mengunjung­i Pameran MATTA yang berlangsun­g di Straits Quay Convention Centre (SQCC) dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia