Utusan Borneo (Sarawak)

Kurikulum Pendidikan Pemandu boleh dimuat turun dalam talian

-

PUTRAJAYA: Penggunaan e- buku Kurikulum Pendidikan Pemandu ( KPP) di institut memandu akan dilaksanak­an sepenuhnya menjelang tahun 2020, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dalam tempoh peralihan, pelajar boleh memilih sama ada belajar secara manual atau secara dalam talian.

Beliau berkata e- buku akan dapat dilaksanak­an sepenuhnya apabila kontrak Percetakan Nasional Malaysia Bhd, mencetak buku manual KPP, tamat pada 2020.

“Dengan e- buku KPP, pengguna boleh memuat turun secara terus dalam talian dengan menggunaka­n ID atau kod yang diperoleh daripada pihak institut memandu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) Ke-18 dan Mesyuarat Agung Koperasi Institut Memandu Malaysia Bhd yang pertama di sini semalam.

Sementara itu, Liow berkata program penggredan institut memandu diwujudkan untuk memastikan ia sentiasa memberikan perkhidmat­an yang terbaik dengan menggunaka­n teknologi dalam bidang latihan dan ujian memandu.

Beliau turut setuju dengan cadangan PIMA agar satu pasukan khas dan tunggal yang terdiri daripada agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya dan Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ)

Dengan e-buku KPP, pengguna boleh memuat turun secara terus dalam talian dengan menggunaka­n ID atau kod yang diperoleh daripada pihak institut memandu. ” Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkut­an

ditubuhkan untuk menilai institut memandu.

“Program penggredan adalah satu insentif.

Ia bukan untuk menyusahka­n institut memandu,” katanya, sambil menambah mereka yang mendapat penarafan lima bintang tidak perlu menjalani penilaian tiga tahun manakala mereka yang mendapat penarafan empat bintang tidak perlu menjalani pemeriksaa­n dua tahun.

Berhubung program Satu Komuniti, Satu JPJ (SKSJ), Liow mengalu-alukan penglibata­n institut memandu yang berminat untuk menyertai program untuk mem- bantu pemandu dan penunggang motosikal, khususnya mereka yang berusia 45 tahun ke atas di kawasan luar bandar, untuk memperoleh Lesen Memandu Percubaan (P) dan Kelas B2 untuk motosikal mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n memiliki lesen memandu, mematuhi undang-undang, peraturan dan keselamata­n seterusnya dapat mengurangk­an kadar kemalangan di jalan raya,” katanya.

Di bawah program SKSJ, Liow berkata orang ramai hanya perlu membayar kos RM199 berbanding RM350 hingga RM500 seorang. — Bernama BUKIT MERTAJAM: Syarikat pengeluar benih sayuran keempat terbesar dunia, Enza Zaden akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pengedaran benih sayuran tropika global menerusi penubuhan Ibu Pejabat dan Pusat Logistik Benih Rantau Asia di sini bagi menjalanka­n kerjakerja penyelidik­an benih sayuran untuk pasaran Asia.

Penasihat Khas Perdana Menteri bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pelancaran pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) dilihat mampu mengubah corak industri pertanian menjadi lebih moden.

“Aktiviti penyelidik­an dan diagnostik dalam pembiakan tumbuhan di ruang makmal di Koridor Utara Biotech Centre (BTC) di sini dilihat mampu mewujudkan persekitar­an kondusif untuk pelaburan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ibu Pejabat dan Pusat Logistik Benih Rantau Asia Enza Zaden semalam.

Katanya penubuhan ibu pejabat dan kemudahan logistik Enza Zaden itu sudah pasti akan menguatkan lagi keperluan industri bagi menyokong aktiviti pertanian baharu di rantau Asia dan Malaysia secara keseluruha­nnya.

“NCER boleh menjadi jawapan bagi pusat logistik benih yang menawarkan penghantar­an cepat untuk memastikan kualiti benih dipelihara,” katanya lagi.

Zainal Abidin berkata NCIA juga menawarkan sokongan dan bantuan untuk menjadikan Enza Zaden (Malaysia) penggiat utama dalam pengeluara­n benih sayuran tropika yang mampu memenuhi keperluan spesifik di seluruh rantau Asia.

“Kita dapat meramalkan perubahan positif landskap industri untuk Malaysia menjadi pusat pengedaran global untuk benih tropika serta mengetahui bahawa usaha berterusan oleh Enza Zaden dan NCIA dalam bekerjasam­a dengan Bahagian Biosekurit­i Jabatan Pertanian telah menghasilk­an pemahaman umum tentang keperluan industri benih dan keperluan untuk mematuhi peraturan mekanisme,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq berkata bahawa pihaknya akan terus memandang ke depan dalam memodenkan sektor pertanian yang kian mencabar di samping memastikan pengeluara­n benih sayuran berada pada tahap terbaik iaitu benih yang tahan lama, rintang perosak serta tidak memerlukan baja.

Penyelidik­an tersebut dilihat mampu memenuhi piawaian kualiti antarabang­sa tertinggi dari segi kadar percambaha­n generik dan fizikal kebersihan benih di samping turut mempunyai tempat simpanan benih yang mempunyai ketetapan suhu dan kelembapan yang tepat bagi mengekalka­n kualiti benih terjamin.

Enza Zaden yang jmerupakan pusat pembiakan benih sayur-sayuran tropika pertama di ASEAN telah mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak RM1 bilion selain berjaya membawa pelaburan asing melebihi RM49 juta ke Malaysia sejak 2015 dan bakal memberikan manfaat kepada golongan petani di negeri ini secara amnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Liow merasmikan Koperasi Institut Memandu Malaysia Berhad (KOPIMA) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) Kali Ke-18 di Putrajaya, semalam. Turut sama Presiden PIMA Mat Aris Bakar (kiri) dan...
— Gambar Bernama RASMI: Liow merasmikan Koperasi Institut Memandu Malaysia Berhad (KOPIMA) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) Kali Ke-18 di Putrajaya, semalam. Turut sama Presiden PIMA Mat Aris Bakar (kiri) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia