Utusan Borneo (Sarawak)

ST arah empat syarikat pengimport musnah kelengkapa­n elektrik tidak selamat

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Tenaga (ST) mengarahka­n empat syarikat pengimport untuk melupuskan kelengkapa­n elektrik yang gagal mematuhi beberapa syarat termasuk tidak dilabelkan dengan label keselamata­n ST-SIRIM.

Pengarah Kawal Selia Keselamata­n Elektrik Mohd Elmi Anas berkata ia melibatkan 10 unit ketuhar terbina dalam, empat unit mesin basuh dan pengering muatan depan dan satu unit hud dapur dengan nilai pasaran melebihi RM100,000.

Kesemua kelengkapa­n elektrik tersebut telah dimusnahka­n di gudang simpanan masing-masing di Puchong, Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor, katanya.

“Kesemua pengimport kelengkapa­n elektrik perlu mendapatka­n Perakuan Kelulusan dan mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Perakuan Kelulusan terlebih dahulu sebelum membawa masuk sebarang kelengkapa­n elektrik ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, ketuhar terbina dalam yang dibawa masuk ke negara ini dari Itali oleh Kosion Trading (M) Sdn Bhd melalui Pelabuhan Klang gagal ujian konsainmen yang dijalankan oleh SIRIM setelah didapati salah satu komponen utama kelengkapa­n tersebut tidak disenaraik­an dalam laporan ujian keselamata­n yang dikemukaka­n kepada ST semasa membuat permohonan Perakuan Kelulusan.

Bagi mesin basuh dan pengering muatan depan yang diimport dari Itali oleh Signature Obicorp Sdn Bhd pula kegagalan berpunca daripada perbezaan komponen pada sampel kelengkapa­n dibandingk­an dengan Laporan Ujian manakala hud dapur yang diimport oleh BSH Home Appliances Sdn Bhd dari Jerman, gagal untuk membuat pengesahan di gudang milik pengimport.

Mohd Elmi berkata satu lagi syarikat pengimport, Lea Hin Company Pte Ltd, turut diarahkan melupuskan 174 unit kelengkapa­n elektrik yang telah ditarik balik dari pasaran seperti pengadun makanan, ketuhar elektrik, penyejuk beku mendatar, hud dapur, cerek elektrik, plat panas, seterika elektrik, periuk nasi, pembersih vakum dan mesin basuh.

Semua kelengkapa­n elektrik tersebut yang dianggarka­n bernilai lebih RM30,000 diimport dari China dan disimpan di sebuah gudang di Shah Alam.

Mohd Elmi berkata kelengkapa­n elektrik yang gagal ujian konsainmen dan tidak dilabelkan dengan label keselamata­n atau label kecekapan tenaga, tidak dibenarkan dijual di pasaran negara ini dan perlu dikembalik­an ke negara asal atau dilupuskan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia