Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat semakin kurang makan buah-buahan: FAMA

-

MELAKA: Masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali jenis buah-buahan tempatan atau sayur-sayuran yang terdapat di Malaysia.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Melaka Che Samudin Hassan berkata pada masa ini, masyarakat negara ini didapati makan buah-buahan dengan jumlah perkapita hanya 63 kilogram (kg) setahun ataupun kira-kira lima kilogram sebulan.

“Jumlah ini lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan jumlah perkapita 400kg setahun. Justeru, FAMA mempergiat­kan pelbagai kempen bagi menggalakk­an lebih ramai anggota masyarakat memakan buah-buahan tempatan serta sayuran.

“Namun, paling penting ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka makan buah- buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah- buahan dan Sayursayur­an Tempatan peringkat Melaka di sini, semalam.

Kempen makan buah-buahan tempatan itu melibatkan lebih 1,500 pelajar dan murid sekolah rendah dan menengah dari 314 sekolah sekitar negeri ini.

Che Samudin berkata penganjura­n kempen makan buah- buahan tempatan merupakan acara tahunan FAMA negeri dan Jabatan Pendidikan negeri dalam usaha memupuk minat golongan muda bermula daripada peringkat sekolah rendah untuk makan buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran.

Katanya FAMA negeri menyasarka­n penjualan buahbuahan segar berjumlah RM6 juta dengan jumlah outlet sebanyak 30 buah di sekitar negeri itu tahun ini, berbanding nilai jualan RM5 juta pada tahun lepas dengan sejumlah 28 outlet.

Sementara itu, beliau berkata FAMA Melaka akan membina sebuah medan jualan buah- buahan tempatan khususnya bagi buah bermusim di Taboh Naning di Alor Gajah dekat sini, menjelang akhir tahun ini.

Katanya pembinaan medan berkenaan yang dianggarka­n melibatkan kos kira- kira RM500,000 itu dijangka menempatka­n 10 usahawan buahbuahan tempatan bermusim seperti durian, manggis dan rambutan.

“Sekarang kita sedang mendapatka­n kelulusan daripada Majlis Perbandara­n Alor Gajah untuk kerja-kerja pembinaan medan buah-buahan berkenaan.

“Pembinaan medan itu bertujuan untuk menyediaka­n satu medium jualan buah-buahan tempatan khususnya yang bermusim supaya pengguna mudah membelinya tanpa mengira masa,” katanya. — Bernama MUAR: Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) amat dekat di hati Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum kerana pengalaman hidup ketika zaman komunis dan darurat dahulu.

Beliau berkata kehidupan di kawasan sempadan sekitar Kedah pada 1960-an mengajar dirinya menghargai pengorbana­n anggota ATM apabila melihat sendiri keperitan pasukan itu menghadapi ancaman komunis selain ramai yang terkorban demi mempertaha­n negara.

Justeru itu, beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein sering berbincang serta merancang pelbagai pelan bagi melaksana pelbagai inisiatif menjaga kebajikan veteran ATM sebagai mmengharga­i jasa anggota veteran ATM dalam mempertaha­n keamanan negara.

“Di hutan Sintok, saya tengok anggota (ATM) kena serang hendap komunis...saya tinggal di pekan Changlun dalam kawasan berpagar duri, pasukan tentera jaga kami semua. Jadi, saya amat men- ginsafi pengorbana­n anggota tentera ini.

“Saya tahu betapa susahnya anggota ATM menjaga keselamata­n rakyat dan negara. Tanpa apa yang mereka korbankan dahulu, kita tidak akan mengecapi apa yang kita ada sekarang, malah negara tidak akan membangun seperti sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd Johari menyampaik­an Pingat Jasa Malaysia kepada 147 penerima yang terdiri daripada veteran ATM dan balu mereka yang tinggal di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif dan program seperti Satu Rumah Satu Anggota yang membolehka­n anggota tentera yang sedang berkhidmat dan veteran tentera memiliki rumah dengan harga berpatutan.

“Kita lihat apabila anggota tentera bersara, mereka tidak mempunyai rumah... kita putuskan jual 70 peratus daripada rumah ini kepada anggota sedang berkhidmat dan 30 peratus lagi kepada yang telah bersara.

“Selain itu, kita akan sediakan lima poliklinik untuk anggota tentera dan veteran tahun ini, malah kita sediakan hospital, doktor sendiri...ini buktikan kerajaan amat prihatin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA PINGAT: Mohd Johari (tengah) bergambar bersama sebahagian veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM di Muar, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA PINGAT: Mohd Johari (tengah) bergambar bersama sebahagian veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM di Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia