Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk setinggan JB hargai usaha kerajaan sediakan rumah selesa

-

JOHOR BAHRU: Penduduk setinggan di empat buah kampung di sini menghargai usaha kerajaan menyediaka­n rumah lebih selesa untuk mereka dan teruja menerima kunci rumah bagi penempatan semula di Pangsapuri Desa Jaya, di sini, semalam.

Seorang daripada penerima, Baserah Maaruf, 56, berkata penantiann­ya untuk memiliki rumah lebih selesa berakhir dan menyifatka­n program penempatan semula atas usaha kerajaan negeri dan persekutua­n wajar diberi pujian.

“Saya dan keluarga tinggal di kawasan setinggan yang semakin padat dan tidak teratur. Ada ketikanya, kerana tidak mempunyai ruang untuk meletak kenderaan sahaja sudah boleh tercetus pergaduhan antara penduduk setinggan.

“Penempatan semula ini sebenarnya menyelesai­kan banyak masalah,” kata ibu kepada tiga orang anak itu kepada Bernama selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di Pangsapuri Desa Jaya.

Majlis penyerahan kunci itu disempurna­kan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitka­n 320 unit rumah untuk penduduk setinggan dari Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Hajjah Hasnah dan Belantik.

Zuliana Masdar, 33, pula berkata bukan mudah untuk mendapatka­n rumah mampu milik lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Johor Bahru.

“Kerajaan negeri merealisas­ikan hasrat kami untuk tinggal di kawasan yang lebih selesa dan teratur terutama di kawasan bandaraya Johor Bahru ini yang semakin pesat membangun.

“Keadaan rumah setinggan juga sangat menyedihka­n. Rumah baharu ini sememangny­a membuka lembaran bagi saya dan juga warga kampung Desa Jaya,” kata kakitangan awam itu.

Sementara itu, Abdul Razak Abdul Rahman, 15, berkata dia dan penduduk Kampung Desa Jaya memang menantikan untuk mendapat penempatan semula yang lebih sempurna.

“Pembinaan penempatan semula di sini membolehka­n penduduk berpindah ke kediaman lebih selesa, malah dapat membina kehidupan dengan komuniti yang lama,” katanya yang tinggal di kampung itu sejak lahir. — Bernama MUAR: Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau ‘tak ketaq’ atau gentar untuk menghadapi Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya bekas perdana menteri itu mahu bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya beliau amat mengenali Dr Mahathir kerana pernah menjadi setiausaha politiknya dan beliau melihat bekas perdana menteri itu hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Tak ketaq ( hadapi Dr Mahathir), dahulu beliau kuat, nampak hebat kerana UMNO yang menyokong dan mengangkat beliau, yang kuat dan hebat itu adalah UMNO. Sekarang beliau sudah di seberang dengan parti lain (pembangkan­g) yang tiada rekod baik dan UMNO masih kuat dan hebat.

“Tanpa UMNO dan jasa pemimpin UMNO yang terdahulu, beliau biasa sahaja,” kata Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada sidang media selepas menyampaik­an Pingat Jasa Malaysia kepada 147 veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KUNCI: Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama para penerima Pangsapuri Desa Jaya pada Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Penempatan Semula Desa Jaya di Johor Bahru semalam. Hadir sama Mohamed Khaled dan Shahrir.
— Gambar Bernama TERIMA KUNCI: Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama para penerima Pangsapuri Desa Jaya pada Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Penempatan Semula Desa Jaya di Johor Bahru semalam. Hadir sama Mohamed Khaled dan Shahrir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia