Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang Antiberita Tidak Benar untuk lindungi media daripada jadi mangsa

-

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 tidak akan menjejaska­n kebebasan media di negara ini selain turut berperanan melindungi media daripada menjadi mangsa berita palsu, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an, berkata undang-undang itu bertujuan mengekang penyebaran berita tidak tepat selain melindungi kepentinga­n umum daripada kandungan berita yang dimanipula­si.

“RUU Antiberita Tidak Benar bertujuan melindungi rakyat. Ia bukan sebab dendam politik atau satu manipulasi kerana ini akan dilindungi oleh undang-undang lain.

“Tiada cubaan untuk mengekang kebebasan media. Saya tidak fikir media ha- rus berasa bimbang tentang berita palsu. Mereka hanya melaporkan tentang apa yang berlaku. Tindakan hanya diambil terhadap mereka yang mengatakan sesuatu atau menyebarka­n berita palsu, bukan anggota media,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke- 18 Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), di sini semalam.

RUU Antiberita Tidak Benar itu dibentangk­an di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 26 Mac dan bacaan kali kedua dibuat kelmarin.

Akta yang dicadangka­n itu bertujuan melindungi masyarakat umum daripada penyebaran berita palsu yang berlaku dengan pantas sambil menjamin hak kebebasan bersuara dan ekspresi di bawah Perlembaga­an Persekutua­n.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dua pindaan dibuat terhadap RUU itu termasuk penguranga­n tempoh maksimum hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun bagi yang didapati bersalah mereka dan menyebarka­n berita palsu.

Pindaan lain ialah menggantik­an perkataan ‘knowingly’ (dengan sengaja) dalam Fasal 4 dengan ‘maliciousl­y’ (berniat jahat) selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk penggubal undangunda­ng.

Mengenai kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, Liow berkata ia sudah hampir dimuktamad­kan.

“Hanya tinggal beberapa kerusi terakhir… kita akan muktamadka­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia