Utusan Borneo (Sarawak)

Simulasi proses pengundian bantu media fahami proses pilihan raya

-

SEREMBAN: Simulasi proses pengundian dan pengiraan undi oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memberi peluang kepada petugas media di sini didedahkan mengenai keduadua proses berkenaan yang sebelum ini sering dijadikan isu ketika pilihan raya.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata melalui simulasi berkenaan, petugas media boleh memahami dengan lebih mendalam proses yang dilakukan ketika hari pengundian, sekali gus boleh menafikan tohmahan yang sengaja dibangkitk­an sesetengah pihak.

“Kita telus dalam menjalanka­n tanggungja­wab semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. Simulasi ini didedahkan agar pihak media boleh sampaikan kepada orang awam mengenai perkara sebenar terutama semasa proses pengundian.

“Sebab itu kita tunjukkan proses sebenar supaya tiada ruang untuk berlakunya manipulasi dalam proses itu dan kita membuka ruang untuk soalan dan jawapan semasa taklimat ini sekiranya ada lagi keraguan tentang proses pengundian,” katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat SPR bersama petugas media Negeri Sembilan di sini, semalam.

Nik Aminudin berkata simulasi yang dijalankan di seluruh negara membabitka­n ssemua petugas media bertujuan untuk menerangka­n tentang peranan SPR dan juga media ketika pilihan raya berlangsun­g.

“Tujuan kita membuat simulasi ini adalah untuk mendidik dan bukan kepada nak menjawab kepada isu. Namun melalui isu tersebut, kita tunjukkan kaedah supaya sekiranya ada isu yang berbangkit (selepas ini) petugas media dan rakyat boleh menilai perkara tersebut (sama ada) betul atau tidak,” katanya.

Sesi taklimat selama lebih empat jam bermula pukul 8.30 pagi tadi di sampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi Pilihan Raya SPR Abdul Fatah Mohd Pilus serta Nik Aminudin.

Ia disertai 30 petugas media dan agensi kerajaan yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia