Utusan Borneo (Sarawak)

Stoeger enggan Bayern rai kegembiraa­n selepas menentang Dortmund malam ini

-

BERLIN: Jurulatih Borussia Dortmund Peter Stoeger berharap pasukannya dapat melengahka­n kegembiraa­n Bayern Munich yang dijangka akan memenangi kejuaraan Bundesliga apabila keduadua kelab gergasi Jerman itu bertarung di Allianz Arena pada malam ini (Sabtu).

Bayern memulakan hujung minggu ini dengan kelebihan besar 17 mata dalam liga dan kemenangan di Munich akan menjamin kejuaraan liga keenam berturut-turut jika Schalke di tempat kedua terkandas di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Freiburg.

“Rancangan kami ialah agar mereka tidak meraikan kejuaraan liga selepas menentang kami,” kata Stoeger.

Jurulatih Bayern Jupp Heynckes menegaskan dia ‘tidak peduli’ bila kemenangan akan disahkan, tetapi kelab Bavaria itu tidak pernah menjamin kejuaraan di stadium sendiri sejak 2005.

Pemain sayap Arjen Robben dijangka akan bermain selepas tidak bermain dalam dua perlawanan terakhir disebabkan oleh masalah saraf.

Dia menjaringk­an 11 gol dalam 21 perlawanan menentang Dortmund, termasuk gol kemenangan lewat dalam perlawanan akhir Liga JuaraJuara 2013, dan pemain Belanda itu mengalu-alukan prospek berkenaan.

Pemain pertahanan tengah Bayern Jerome Boateng mungkin tidak akan bermain selepas dia cedera di tumitnya dalam kekalahan 1-0 Jerman kepada Brazil pada Selasa lepas, manakala Stoeger berkata ia menjangka pemain sayap Jerman Marco Reus, yang bergelut dengan keterikan pangkal paha, tidak akan bermain untuk Dortmund yang menduduki tempat ketiga.

Perlawanan Bayern-Dort- mund dilabel sebagai perlawanan terbesar di Jerman – ‘Der Klassiker’ – tetapi jurang sekarang di antara kedua-dua pasukan dicerminka­n dalam jurang 18 mata dalam liga.

Jika pun Bayern memenangi kejuaraan pada malam ini, ia tidak akan memecah rekod lama mereka sendiri, yang dicipta pada 25 Mac 2014 apabila pasukan Pep Guardiola memenangin­ya dengan baki tujuh perlawanan lagi.

Dortmund terdesak untuk mata dalam perebutan untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas dan tempat dalam Liga Juara- Juara pada musim akan datang, dengan lima kelab di belakang Bayern yang dipisahkan oleh hanya enam mata sahaja.

Walaupun menjangkak­an

Rancangan kami ialah agar mereka tidak meraikan kejuaraan liga selepas menentang kami. Peter Stoeger Jurulatih Borussia Dortmund

kejuaraan awal, Heynckes mungkin mengintai perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa ini di Sevilla.

Di luar padang, kedua-dua kelab sedang mencari jurulatih baharu untuk musim akan datang.

Heynckes, 72 tahun, dengan kontrak yang tamat pada Jun, belum menyebut secara terbuka sama ada dia akan kekal sebagai jurulatih Bayern atau tidak manakala Stoeger ada kontrak sehingga akhir musim, yang masih dapat dilanjutka­n.

Jurulatih RB Leipzig, Ralph Hasenhuett­l telah dikaitkan dengan kedua-dua kelab, tetapi menolak khabar a n g i n itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERSEMANGA­T: Pasukan Dortmund menjalani latihan di Pusat Latihan Strobelall­ee di Dortmund pada 23 Mac lalu. STOEGER
— Gambar Reuters BERSEMANGA­T: Pasukan Dortmund menjalani latihan di Pusat Latihan Strobelall­ee di Dortmund pada 23 Mac lalu. STOEGER
 ??  ?? BEN ARFA
BEN ARFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia