Utusan Borneo (Sarawak)

EPL kembali untuk tamatkan baki perlawanan musim ini

-

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi semula pada hujung minggu ini bagi peringkat terakhir musim ini selepas dua minggu waktu rehat antarabang­sa terakhir bagi musim ini. Dengan baki maksimum lapan perlawanan sahaja lagi, AFP Sport meninjau apa yang masih perlu diputuskan pada bahagian atas dan bawah liga. Manchester City bertandang ke Everton pada malam ini (Sabtu) untuk mengambil langkah kedua terakhir ke arah kejuaraan EPL pertama di bawah Pep Guardiola. City tewas 4-0 dalam lawatan terakhir mereka ke Goodison Park pada tahun pertama yang amat mengecewak­an di bawah Guardiola tetapi merupakan pasukan yang sudah berubah di bawah pengurus Catalan itu pada musim ini apabila mereka menyerbu kejuaraan pada kelajuan yang memecah rekod. Pendahulu liga itu mempunyai kelebihan 16 mata ke atas Manchester United (MU) dan dapat menjamin kejuaraan liga dengan gaya paling manis dalam perlawanan menentang musuh tetangga mereka di Etihad pada hujung minggu depan. Bagaimanap­un Guardiola mungkin akan berdepan dengan kepulangan yang mencabar ke Liverpool di Anfield pada Rabu untuk perlawanan suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara. Di belakang City, perebutan bagi baki tiga tempat dalam Liga Juara-Juara akan mengecewak­an satu pasukan di antara MU, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Chelsea. Spurs bertandang ke Chelsea pada hujung minggu ini dengan hasrat untuk menamatkan penantian selama 28 t a h u n b a g i m e - menangi perlawanan liga di Stamford Bridge.

Anak buah Antonio Conte sudah ketinggala­n lima mata di belakang Spurs di tempat keempat.

Liverpool pula mendahului dua mata lebih jauh di tempat ketiga selepas bermain lebih satu perlawanan manakala MU di tempat kedua adalah lebih terjamin untuk kembali bermain dalam Liga JuaraJuara, dengan kelebihan sembilan mata ke atas Chelsea.

Arsenal nampak pasrah dengan matlamat untuk memenangi Liga Europa jika mereka mahu kembali ke Liga Juara-Juara pada musim depan kerana mereka ketinggala­n 13 mata di tempat keenam di belakang Spurs.

Kelab tercorot West Ham kelihatan malang selepas mengalami lapan kekalahan berturut-turut dalam semua pertanding­an tetapi pertarunga­n untuk mengelak daripada menyertai mereka dalam liga Kejuaraan pada musim depan masih sangat rancak dengan lapan pasukan yang dipisahkan oleh hanya tujuh mata sahaja di antara tempat ke-12 dan tempat ke-19.

Southampto­n pasti berharap untuk memburukka­n lagi krisis The Hammers dengan seorang pengurus baharu apabila Mark Hughes membimbing The Saints buat pertama kali dalam EPL selepas menyelia kemenangan suku akhir ke atas Wigan dalam Piala FA.

Newcastle dan Huddersfie­ld juga ada peluang besar untuk menjauhkan diri daripada kelompok tiga tercorot apabila mereka bertemu di St James’ Park, manakala Crystal Palace, Swansea dan Stoke menghadapi ujian yang jauh lebih sukar menentang Liverpool, MU dan Arsenal. — AFP

 ??  ?? JARDIM
JARDIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia