Utusan Borneo (Sarawak)

Saya setaraf pengurus yang lain: Jardim

-

PARIS: Jurulatih Monaco Leonardo Jardim menegaskan dia setanding dengan manamana pengurus dalam sukan bola sepak manakala pasukannya cuba menafikan kejuaraan Piala Liga Perancis kelima berturut-turut untuk Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan akhir pada malam ini (Sabtu).

Monaco dibelasah 4-1 oleh PSG dalam perlawanan akhir pada tahun lepas tetapi kelab prinsipali­ti itu menebus kekalahan itu apabila mereka memintas seteru mereka untuk memenangi mahkota Ligue 1 bagi menamatkan penantian selama 17 tahun.

Pada musim ini Jardim telah menyelia satu projek pembinaan semula yang mengagumka­n di Monaco, dan membimbing kelab itu untuk mencatatka­n 15 perlawanan tanpa kalah dalam liga walaupun kecederaan dialami penyerang utama Radamel Falcao.

“Status, pengiktira­fan, kejuaraan, gaji sudah berubah, tetapi bukan cara saya wujud. Saya masih lelaki yang sama seperti dahulu,” kata Jardim, yang meninggalk­an Sporting Lisbon untuk menjadi pengurus Monaco pada Jun 2014, kepada AFP.

“Kelab ini memberi saya gaji dan keadaan kerja yang baik. Beberapa kelab lebih besar wujud tetapi buat masa sekarang, pada usia 43 tahun, saya gembira di sini.

“Gaji dan hasil kerja kita bukan segalanya. Saya menolak tawaran yang sangat besar dari China pada musim panas ini kerana saya masih bercita-cita tinggi dan menyasari peringkat tertinggi di Eropah.”

“Setiap orang ada kaedah dan kualiti masing-masing tetapi saya tidak pernah fikir bahawa seseorang itu adalah lebih bagus daripada saya,” ujar Jardim.

Pengurus Portugis itu terpaksa menangani keadaan ekoran pemergian dua penyerang penting, Kylian Mbappe dan Bernardo Silva, dan Jardim sewajarnya menerima pujian yang tinggi bagi kemunculan rakan senegara Rony Lopes.

Pemain sayap Portugal itu menghabisk­an kempen 2016- 17 sebagai pemain pinjaman di Lille tetapi sudah berkembang menjadi pemain tonggak sejak dia kembali ke Monaco, dengan menjaringk­an gol dalam setiap daripada lima perlawanan terakhir kelab.

Lopes, yang memulakan kariernya di Manchester City, berkata ‘membalas dendam’ bukan pendorong menjelang perlawanan menentang PSG di Bordeaux pada malam ini.

Bagi PSG, juara bertahan itu masih bermain tanpa Neymar sementara pemain Brazil itu meneruskan pemulihann­ya ekoran pembedahan ke atas tulang patah dalam kakinya.

Unai Emery berharap Angel Di Maria, yang sudah menjaringk­an 14 gol sejak awal tahun, cergas untuk bermain selepas kembali dari tugasan a n t a r a - b a n g s a bersama Argentina. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia