Utusan Borneo (Sarawak)

Kubica yakin dengan tahap kesihatan, ingin kembali berlumba

-

WARSAW: Pemandu Formula Satu (F1) dari Poland, Robert Kubica, kelmarin berkata dia ‘lebih sihat tubuh badan’ sekarang berbanding sebelum dia mengalami kemalangan rali yang serius tujuh tahun lalu, dan berharap untuk kembali berlumba sepenuh masa.

Karier F1 berusia 33 tahun itu tiba- tiba terhenti pada 2011 apabila dia terputus sebahagian tangan kanannya dalam nahas rali di Itali.

Kubica menjalani siri pembedahan dan kembali berlumba setahun kemudian, dengan bertanding dalam acara-acara rali, sebelum dia mengambil bahagian dalam ujian bersama Williams dan Renault pada musim lepas.

“Usaha yang telah membuahkan hasil, yang bermula pada hujung 2015, dan di sini saya mendapati diri lebih sihat tubuh badan berbanding pada masa lalu,” kata Kubica kepada pemberita di Warsaw.

Kubica diketepika­n untuk tempat grid apabila Williams memilih pelumba baharu dari Rusia Sergey Sirotkin untuk berganding dengan Lance Stroll bagi musim 2018, manakala pelumba dari Poland itu dipilih sebagai pemandu pembanguna­n dan simpanan pasukan.

Peranannya akan menyaksika­nnya menyertai beberapa sesi latihan, manakala dia juga akan bersiap sedia untuk perlumbaan.

“Saya dapat terus memenuhi minat saya yang mendalam dan mengambil satu lagi langkah penting untuk berlumba dalam F1,” kata Kubica, yang kehilangan sebahagian daripada lengan bawah selepas kemalangan sebelum musim 2011.

“Saya mesti berusaha lebih gigih berbanding dahulu kerana setiap orang tahu bahawa saya ada had tetapi sewaktu percubaan di Valencia (bersama Renault pada Jun tahun lepas) bahawa had ini tidak cukup signifikan untuk menghalang saya daripada memandu dalam F1 pada peringkat tertinggi.

“Perasaan menakjubka­n yang saya alami selepas pusingan litar pertama, saya akan mengingati­nya sepanjang hayat saya. Ia mungkin saat terbaik dalam hidup saya,” ujarnya dengan senyuman.

Kubica, yang memenangi Grand Prix Kanada pada 2008, sudah membuat 76 permulaan Grand Prix, dan menaiki podium sebanyak 12 kali. — AFP

 ??  ?? KUBICA
KUBICA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia