Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Juventus hadapi ujian getir menentang Milan

-

“Saya meluangkan masa untuk memperbaik­i diri dan saya rasa saya telah mencapai beberapa keputusan yang baik.” Dalam perlawanan akhir nanti, dia akan bertemu dengan pemain nombor lima dunia Jelena Ostapenko selepas juara Terbuka Perancis itu menewaskan pemain Amerika Danielle Collins 7-6 (7/1), 6-3. Ostapenko gembira untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya yang mandatori dalam WTA – dan sama seperti Stephens, dia belum lagi memenangi satu selepas dia tewas d a l a m perlawanan separuh akhir di Beijing pada tahun lepas. “Saya amat gembira untuk mara ke final,” kata pemain Latvia itu. — AFP MILAN: Napoli dapat membuat tuntutan ke atas kejuaraan Serie A dalam perlawanan menentang kelab bermasalah Sassuolo hujung minggu ini, sementara juara bertahan Juventus menghadapi ujian getir dalam perlawanan menentang AC Milan sebelum perlawanan menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada minggu depan.

Juventus, yang beraksi malam ini (Sabtu) menjelang perlawanan suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara menentang juara Sepanyol di Turin pada Selasa ini, berada dua mata sahaja di hadapan Napoli dengan baki sembilan perlawanan lagi musim ini.

Selepas prestasi menurun baru-baru ini ketika mereka memburu Scudetto pertama sejak 1990, Napoli bimbingan Maurizio Sarri kembali ke landasan kemenangan ke atas Genoa sebelum waktu rehat antarabang­sa.

AC Milan bimbingan Gennaro Gattuso – di tempat keenam dengan kelebihan satu perlawanan lagi – pasti berazam untuk membawa balik tiga mata dari Turin dalam usaha mereka untuk bermain dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Sementara itu Napoli mungkin tidak akan mencapai hasrat mereka di Sassuolo selepas mereka gagal untuk pulang dengan kemenangan dalam dua lawatan terakhir mereka ke Stadium Mapei.

Sassuolo berada tiga mata di atas zon penyingkir­an tetapi didorong oleh kemenangan pertama mereka sejak sebelum Natal di Udinese dalam perlawanan terakhir.

Roma – 16 mata di belakang juara di tempat ketiga – bertandang ke Bologna dengan sebelah mata mengintai lawatan ke Barcelona dalam Liga JuaraJuara minggu depan. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? TAHNIAH: Stephens (kiri) berjabat tangan dengan Azarenka selepas tamat aksi perlawanan separuh akhir Terbuka Miami di Florida. GEMBIRA: Stephens meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Azarenka pada perlawanan itu.
— Gambar AFP — Gambar AFP TAHNIAH: Stephens (kiri) berjabat tangan dengan Azarenka selepas tamat aksi perlawanan separuh akhir Terbuka Miami di Florida. GEMBIRA: Stephens meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Azarenka pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia