Utusan Borneo (Sarawak)

Rossi menyelar pengkritik dan tindakan Buffon

-

MILAN: Jaguh lumba motosikal Valentino Rossi telah menyelar pengkritik­nya dan seorang lagi warga Itali Gianluigi Buffon yang tidak mempedulik­an usia dalam sukan mereka.

Rossi, 39, sudah menandatan­gani kontrak baharu selama dua tahun bersama Yamaha untuk terus bergiat aktif dalam sukan berkenaan sekurang- kurangnya sehingga 2020.

Kontraknya sekarang tamat pada hujung 2018, pada musim ke-23 bagi dirinya.

Penjaga gol Buffon dikritik kerana mengubah fikiran mengenai persaraann­ya daripada arena antarabang­sa setelah Itali gagal untuk layak ke kejohanan bola sepak Piala Dunia dan menawarkan diri semula pada usia 40 tahun.

“Saya rasa saya masih di atas dan ini merangsang saya. Saya menasihatk­an Buffon untuk mengikuti contoh saya. Orang suka mengatakan kami sudah tidak dapat lagi,” kata Rossi d a l a m akhbar Gazzetta dello Sport edisi Khamis. “Buffon sudah tentu mesti terus bermain, jika dia mahu. Saya rasa dia tahu sama ada dia masih berada di atas a t a u p u n tidak. “Ia adalah lebih mudah untuk menyatakan bahawa seseorang itu sudah tidak dapat lagi, daripada menyedari keberanian mereka dan sama ada mereka masih ada keberanian ataupun tidak.

“Terdapat dua jenis manusia: mereka yang menghargai dan seronok dengan kehebatan orang lain, dan mereka yang cemburu dan menggosok kekurangan diri sendiri pada orang lain.

“Di Itali, ia adalah perkara yang popular untuk dibuat.”

Rossi menduduki tempat ketiga di Grand Prix pertama pada musim ini di Qatar pada bulan ini tatkala dia menyasari kejuaraan dunia ke-10 dan kelapan dalam kategori MotoGP. Dia memenangi kejuaraan dunia terakhir pada 2009.

Dia mendakwa dia tetap ada motivasi seperti ketika dia mula berlumba pada 1996.

“Begitu banyak perkara masih kekal, saya tidak kata bahawa ia sama, tetapi serupa, terutamany­a keinginan untuk memacu motosikal dan pengalaman itu apabila saya berlumba dengan baik, apa yang saya rasa,” katanya.

“Menelusuri litar bersendiri­an dengan motosikal anda adalah sesuatu yang sentiasa istimewa. Untuk cuba memenangi perlumbaan, kejuaraan dunia.” — AFP

 ??  ?? ROSSI
ROSSI
 ??  ?? BUFFON
BUFFON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia