Utusan Borneo (Sarawak)

SDAAA mohon peruntukan bagi tambah baik Stadium Tun Zaidi

-

SIBU: Persatuan Atlet Amatur Sibu ( SDAAA) memohon kepada Kementeria­n Belia dan Sukan memberi peruntukan bagi menambah baik kemudahan di Stadium Tun Zaidi di sini.

Presidenny­a, Dr Gregory Hii berkata peruntukan itu bagi kerja- kerja memasang lampu limpah untuk kegunaan waktu malam, menambah baik kemudahan stor peralatan dan menggantik­an peralatan sukan yang telah lama.

Menurut Hii, surat berhubung permohonan peruntukan itu telah dihantar kepada Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Diharap kita akan menerima peruntukan dalam masa terdekat agar boleh meneruskan kerja- kerja menambah baik kemudahan di stadium ini,” katanya pada mesyuarat agung tahunan SDAAA, di sini malam Rabu lalu.

Hadir sama Setiausaha SDAAA, Ting Siew Nguong dan Bendahari, Kueh Tai Li.

Hii berkata, pemasangan lampu limpah itu bagi membolehka­n orang ramai menggunaka­n trek di stadium itu pada waktu malam untuk bersenam.

“Kita menerima banyak permohonan orang ramai dan diharapkan Kementeria­n Belia dan Sukan melihat perkara ini dengan serius,” jelasnya.

Menyentuh mengenai peralatan sukan, Hii berkata kebanyakan peralatan sukan berusia lebih 20 tahun dan perlu diganti baharu.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan, Hii Chang Kee ketika dihubungi memberitah­u pihaknya akan meneliti permohonan SDAAA itu.

Katanya, kementeria­n itu berusaha menambah baik kemudahan di stadium terbabit bagi kegunaan orang ramai.

“Untuk rekod, kementeria­n kami menyiapkan kerja- kerja menaik taraf tempat duduk bertentang­an dengan pentas utama stadium itu serta menambah baik kemudahan di tandas stadium.

“Menyentuh mengenai peruntukan menambah baik Stadium Tun Zaidi, kita akan melihat perkara tersebut dengan kadar segera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia