Utusan Borneo (Sarawak)

Polo air: Sarawak hantar penyertaan di Ipoh, Perak

-

KUCHING: Sarawak akan menghantar penyertaan pada Kejohanan Polo Air Kumpulan Umur Kebangsaan yang akan berlangsun­g di Ipoh, Perak dari 6 hingga 8 April ini.

Ketua Jurulatih Polo Air Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Voon Yong Hui berkata pasukan negeri terdiri sembilan atlet dari Sibu dan empat dari Kuching bakal berentap dalam kategori bawah 21 tahun.

Mereka terpilih terdiri Kevin Law, Jordan Ling, Justin Lee, Alden Sia, Ho Kwang Ting, Kukoc Ung Shimao, Kilian Ung Shihuang, Fung Xin Yin dan Patrick Lau (Sibu), Derron Chong, Zachary Phang, Alex Lee dan Dylan Lim (Kuching).

Selain Voon, pasukan Sarawak turut dibimbing oleh Wong Leong Yieh sebagai penolong jurulatih manakala Ung Chung Sung bertindak sebagai pengurus pasukan.

“Adaduakate­goridipert­andingkan iaitu bawah 21 dan 16 tahun namun kita hanya menyertai kategori bawah 21 tahun. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada atlet-atlet kita memandangk­an mereka masih muda dan tiada pengalaman.

“Saya menjangkak­an cabaran sengit menanti pasukan kita menghadapi pasu- kan-pasukan berpengala­man dari Semenanjun­g Malaysia yang sering menyertai kejohanan yang sama,” kata Voon semalam.

Menurutnya, polo air tidak dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak dan kali terakhir dipertandi­ngkan pada SUKMA 2011 dan 2013 di Kuala Lumpur.

Ketika ini, Voon sibuk berusaha menghidupk­an semula sukan itu dan telah mengenal pasti beberapa atlet bawah 21 dan 15 tahun untuk diserapkan dalam program latihan skuad Sarawak.

“Kita berhasrat untuk melahirkan atlet-atlet berkaliber mewakili negara pada kejohanan antarabang­sa seperti Sukan SEA,” kata Voon yang juga ketua jurulatih pasukan polo air kebangsaan. BINTULU: Pasukan-pasukan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Bintulu (BDLTA) melakar pelbagai kejayaan pada kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan sepanjang dua bulan lalu.

Pencapaian peringkat kebangsaan dilakar pemain BDLTA semakin menyinar, Jimmy Liong turut mewakili Sarawak meraih empat emas, satu perak dan satu gangsa pada Kejohanan Tenis Kumpulan Umur Lelaki Bawah 16 tahun.

Pada 25 hingga 28 Januari lalu, Jimmy bersaing pada kejohanan Malaysia Junior Tour 2018 Leg 1 ( Kuala Lumpur) meraih emas dalam acara beregu dan gangsa acara perseorang­an.

Seterusnya dari 23 hingga 26 Februari kejohanan Malaysia Junior Tour 2018 Leg 2 ( Pulau Pinang), Jimmy meraih emas dalam acara beregu dan emas acara perseorang­an.

Diikuti kejohanan Malaysia Junior Tour 2018 Leg 3 di Johor dari 21 hingga 24 Mac, Jimmy meraih emas acara beregu dan emas perseorang­an.

Selain penyertaan peringkat kebangsaan, BDLTA turut menyertai kejohanan pering- kat negeri seperti Sarawak Inter Division Tennis Tournament pada 24 dan 25 Mac lalu anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di Kuching.

Kejohanan sempena Mesyuarat Agung Tahunan SLTA menyaksika­n BDLTA muncul naib juara, manakala pasukan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kuching (KDLTA) meraih juara.

Sementara itu, wakil BDLTA Nazarul Farihin dan Ahmad Zaqwan meraih juara kategori beregu lelaki bawah 14 tahun pada saingan Kuching Junior Monthly Medal Tournament dari 2 hingga 4 Mac lalu anjuran KDLTA di Kuching.

Nazarul turut meraih naib juara dalam acara perseorang­an untuk saingan kategori sama.

Melihat perkembang­an dan pencapaian pemain-pemain tenis Bintulu, Presiden BDLTA Sulaiman Sahari berkata usaha diteruskan pembanguna­n sukan tenis sekolah membabitka­n program ‘Jom Main Tenis’ dengan mengasah lebih ramai pemain berbakat di Bintulu.

“Ia juga melahir lebih ramai pemain tenis Bintulu sebagai hab bahagian mampu mencungkil pemain-pemain tenis cemerlang memandangk­an BDLTA turut mempunyai program pintar,” katanya di sini semalam.

Sulaiman berkata, dengan beberapa program dirancang pihaknya memerlukan sokongan pertubuhan dan tajaan serta geran kerajaan menyokong dari segi kewangan bagi memastikan program dapat diteruskan.

“Kami mengalu- alukan bantuan dan sokongan pelbagai pihak demi sayangkan sukan tenis.

Koordinato­r program kami, Liong Woei Hua merupakan Bendahari BDLTA.

“Bagi mereka ingin menyumbang untuk persatuan boleh menghubung­i beliau menerusi talian 0198552278,” katanya.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Jimmy (kanan) meraih emas dan perak dalam acara beregu Malaysia Junior Tour 2018 Leg 3 di Johor pada 21 hingga 24 Mac lalu.
MEMBANGGAK­AN: Jimmy (kanan) meraih emas dan perak dalam acara beregu Malaysia Junior Tour 2018 Leg 3 di Johor pada 21 hingga 24 Mac lalu.
 ??  ?? LATIHAN: Atlet polo air gigih menjalani latihan di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya.
LATIHAN: Atlet polo air gigih menjalani latihan di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia