Utusan Borneo (Sarawak)

Ting kekal jawatan presiden Persatuan Memanah Kapit

-

KAPIT: Ting King Yiing mengekalka­n jawatan presiden Persatuan Memanah Bahagian Kapit untuk 2018 dan 2019 pada mesyuarat agung tahunannya di sini.

Barisan ahli jawatankua­sa baharu menyaksika­n Kong Shin Hau dan Kong Kah Sui dilantik memegang jawatan naib presiden.

Catherine Ting dilantik setiausaha dan Siaw Hui Fung sebagai penolong setiausaha.

Manakala jawatan bendahari disandang Sng Hui Peng dan dibantu oleh Yong Hsien Ping.

Ahli-ahli jawatankua­sa eksekutif ialah Stanley Ling, Mohd Kairol, Low Li Jin dan Kong Sing Ngie.

Persatuan Memanah Ba- hagian Kapit baharu didaftarka­n pada 2015.

Walaupun baharu ditubuhkan dengan keahlian seramai 27 ahli berdaftar, persatuan itu mencapai beberapa kejayaan atas semangat ahliahli persatuan bekerjasam­a satu pasukan.

Menurut Ting, kini lebih ramai terutamany­a pelajar berminat dalam sukan ini.

“Kita melakukan aktiviti sekolah perintis di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hock Lam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit dan SMK Selirik mempromosi­kan sukan memanah.

“Pada masa sama, kita juga menghantar peserta bertanding pada pertanding­an memanah diadakan di luar Kapit untuk memberi pendedahan kepada mereka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata Kapit menganjurk­an Pertanding­an Memanah Tertutup Sarawak dari 27 hingga 30 November depan.

“Untuk menjadi tuan rumah pertanding­an peringkat negeri, ia memerlukan sejumlah besar wang.

“Saya berharap wakil rakyat dapat memberi bantuan menyokong kewangan memastikan pertanding­an dapat berjalan lancar.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan sepanjang tiga tahun lalu membolehka­n kita menjalanka­n aktiviti dengan jayanya,” kata Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia