Utusan Borneo (Sarawak)

‘Handmaid’s Tale’ kembali dengan lebih ‘menakutkan’

-

SIRI sains fiksyen distopian ‘The Handmaid’s Tale’ akan kembali dalam masa kurang sebulan lagi untuk musim kedua, dengan menjanjika­n jalan cerita yang lebih “menakutkan” apabila ia melangkah lebih jauh daripada peristiwa dalam novel feminis asas tulisan Margaret Atwood.

Penerbit siri yang memenangi anugerah itu, yang menjadi program utama Hulu pada tahun lepas, menjanjika­n jalan cerita, watak dan lokasi baharu – tetapi ketakutan lama yang meresap ke dalam landskap Gilead yang umpama neraka mengerikan.

“Saya telah bercakap mengenai adegan pembukaan bagi musim dua yang, tidak kira apa pun yang anda sangka, cuma membuangny­a ke luar,” kata bintang program itu yang memenangi anugerah Elisabeth Moss kepada rangkaian kabel Amerika Syarikat (AS) Bravo sebelum ia dikeluarka­n pada 25 April.

“Ia telah bergerak ke arah yang berbeza sama sekali dan tidak pernah saya jangkakan.”

Diterbitka­n pada 1985, buku paling laris tulisan Atwood merupakan bacaan wajib di sekolah, yang sering disebut dengan nafas yang sama dengan buku George Orwell ‘1984’, buku Aldous Huxley ‘Brave New World’ dan karya fiksyen spekulatif lain.

Ia telah melahirkan sebuah filem, sebuah novel grafik, sebuah opera dan sebuah balet, juga musim pertama program hit Hulu yang memenangi lapan anugerah Emmy, tiga Anugerah Critics Choice dan dua anugerah Golden Globe.

Siri itu dibintangi Moss (‘Mad Men’) pada masa depan terdekat di mana New England sudah dimusnahka­n dalam satu rampasan kuasa teokratik dan digantikan dengan Gilead, sebuah rejim zalim di mana kaum lelaki melak- sanakan hukuman kejam dan merogol dimandatka­n oleh kerajaan.

Moss membawa watak June/Offred, seorang daripada beberapa orang wanita yang masih subur dan bekerja sebagai “dayang”, yang diberi nama baharu untuk mencermink­an “pemilik” mereka dan dipaksa untuk menjadi hamba seks dalam usaha untuk memenuhi dengan manusia dunia yang musnah akibat iklim.

Apabila musim pertama dilancarka­n, visi Atwood yang mengerikan tidak pernah rasa lebih relevan di AS, di tengah-tengah pembunuhan beramairam­ai yang diilhamkan oleh agama, serangan seks di kampus, dan cadangan untuk menyerang penjagaan kesihatan reprodukti­f.

Pengkritik membayangk­an ‘The Handmaid’s Tale’ adalah kesimpulan yang lojik bagi realiti yang lebih hodoh tentang Amerika Donald Trump dan penjualan novel itu melonjak selepas pemilihan presiden itu pada November 2016.

Mesejnya mengenai kesamarata­an jantina menjadi lebih bergema lagi dengan kejatuhan Harvey Weinstein dan ramai tokoh Hollywood lain yang berpengaru­h dalam masa beberapa bulan terakhir pada tahun lepas, di tengah-tengah dakwaan tentang gangguan dan pencabulan seks.

Penerbit eksekutif Warren Littlefiel­d berkata selepas program itu memenangi drama televisyen terbaik di Anugerah Golden Globe pada Januari lalu bahawa dia kadangkada­ng berharap ia tidak begitu topikal seperti apa yang telah berlaku.

“Kami beralih kepada perkembang­an dan kemudian kepada penerbitan, dan dunia adalah tempat yang kelihatan sangat berbeza – ia bukan dunia Trump,” katanya kepada pemberita di acara Beverly Hills itu.

“Pada pertengaha­n musim pertama, realiti berubah, dan setiap hari kita diingatkan tentang apa yang kita bawa ke depan – satu tanggungja­wab untuk memenuhi visi Margaret Atwood, dan juga untuk menjadi sebahagian daripada penentanga­n.”

Musim kedua, yang menambah Marisa Tomei (‘Spider-Man: Homecoming’) dan Bradley Whitford (‘Get Out’), menunjukka­n kepada penonton bagaimana pemerintah­an kuku besi itu wujud dan memperkena­lkan ‘The Colonies’, sebuah zon tercemar di mana penentang ditahan.

Madeline Brewer, yang membawa watak Janine yang akhirnya meringkuk di sana bersama seorang lagi dayang Emily (Alexis Bledel), memberitah­u festival televisyen PaleyFest di Hollywood bahawa dia membentuk imej mentalnya mengenai zon larangan itu dari buku berkenaan.

“Saya rasa seakan-akan ia begitu sejajar, apabila saya membaca buku itu, apa yang saya gambarkan dan apa yang saya lihat dalam program itu, yang sama seperti ladang jagung dan bukit beralun yang amat cantik dari segi estetika ini,” katanya.

“Dan kemudian kita melihatnya dengan kanta pembesar dan ia amat jahat dan amat dahsyat sekali.”

Pencipta program itu Bruce Miller menggambar­kan ‘The Colonies’ sebagai “ekstrapola­si bagi cara mereka berfikir tentang wanita – sebagai boleh dibuang”, dan menyamakan ketabahan wanita di sana dengan keazaman orang di kem tahanan dan kem buruh di China.

“Bagaimanak­ah kita membina kehidupan individu, sebuah komuniti, walaupun di tempat seperti itu, walaupun di tempat di mana kita fikir, ‘Ini adalah perhentian terakhir saya – ini adalah rumah terakhir yang saya akan diami?” dia bertanya.

Samira Wiley membawa watak Moira, rakan karib Offred/June sejak kolej yang lari ke Kanada pada hujung musim satu, di mana dia menjumpai Luke Bankole (OT Fagbenle), iaitu suami Jun sebelum Gilead berlaku.

Wiley berkata Moira akhirnya rasa lega kerana dapat lari daripada “dirogol berulang kali, setiap hari, semua perkara itu” tetapi bergelut kerana berada jauh daripada segalanya yang biasa bagi dirinya.

“Salah satu tematik untuk tahun ini, yang Bruce benar-benar gunakan untuk musim dua, ialah ‘Gilead berada di dalam kita’,” ujar Littlefiel­d.

“Kedua-dua mereka mungkin berada di Amerika Kecil, di Toronto, tetapi mereka belum meninggalk­an Gilead sepenuhnya dan Gilead belum meninggalk­an mereka sepenuhnya. Jadi kita berpeluang untuk bermain dengan trauma dan akibat daripada semua itu.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia