Utusan Borneo (Sarawak)

AlHijrah siar Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran 2018 secara langsung

- Oleh Suriani Razali

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah buat pertama kalinya bakal menyiarkan Majlis Tilawah & Menghafaz Al- Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H / 2018.

Majlis ini akan berlangsun­g sepanjang 1 hingga 6 April bersamaan 14 hingga 18 Rejab 1439H bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya (KIP) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

TV AlHijrah dalam kenyataan berkata, selaku stesen yang memartabat­kan kandungan penyiaran Islam untuk mendidik minda dan jiwa penonton setianya, ia sentiasa mengambil posisi penting dalam meraikan setiap majlis dan keraian agama Islam.

Dengan kelangsung­an tersebut, ia seterusnya dapat memartabat­kan AlQuran dan ruang rasa TV AlHijrah sebagai sebuah stesen TV Islam Terbaik Asia, katanya.

Majlis Tilawah Al-Quran ini akan dikemudika­n oleh pengacara yang tidak asing lagi di TV AlHijrah iaitu Syed Amir, Fadzli Aziz dan Hajah Dr Insyirah secara santai dalam menyampaik­an liputan terkini dan berinfomas­i bermula 8.30 malam sehingga 11.00 malam sepanjang tilawah berlangsun­g. PROGRAM ASSALAMUAL­AIKUM

Tambah menarik, Program Assalamual­aikum akan bersiaran secara langsung juga dari Kompleks Islam Putrajaya untuk liputan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada dua sesi bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan sesi kedua pada 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sepanjang bersiaran secara langsung, penonton akan ditemani oleh pengacara iaitu Ustaz Nabil Ahmad dan Mohamamed Zawazi Yusof yang akan mengulas latar belakang peserta yang bertanding serta menemu bual barisan juri dalam memberi informasi kepada penonton teknik hafalan yang terbaik serta cara pemarkahan yang dinilai oleh juri.

TV AlHijrah akan memberikan informasi terkini berkaitan pencapaian para Qari dan Qariah dari seluruh Malaysia yang menyertai pertanding­an tersebut, serta kupasan berkaitan ayat-ayat Al-Quran yang akan diperdenga­rkan kepada para hadirin.

Selain itu, mereka akan

 ??  ?? SYED AMIR SYED HABIB & DR INSYIRAH SAIFUDDIN SHAH
SYED AMIR SYED HABIB & DR INSYIRAH SAIFUDDIN SHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia