Utusan Borneo (Sarawak)

Gema Gegar Vaganza kembali bergema malam ini

-

Gegar Vaganza’ melebihi skala yang diharapkan apabila program itu bukan sahaja menjadi sebutan rakyat Malaysia malah mencatat rekod sebagai program Islamik nombor satu di Malaysia.

“Kami di Astro amat berasa amat teruja untuk membawakan ‘Gema Gegar Vaganza’ musim kedua (GGV2) kepada penonton rentetan daripada kejayaan yang telah diraih pada musim lepas,” kata Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro pada sidang media baru-baru ini.

Pada musim kedua, GGV akan bersiaran secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula malam ini (31 Mac 2018), jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

GGV2 akan mengekalka­n konsep GGV musim yang lepas di mana ia cuma menambahka­n satu kuota peserta kepada 11 peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpula­n, satu pasangan duo dan juga lima peserta solo. PELBAGAI GENRE LAGU

Pemilihan lagu yang akan dipersemba­hkan di pentas GGV2 terdiri daripada pelbagai jenis genre lagu yang mempunyai lirik dan mesej positif serta persembaha­n pada setiap minggu akan mempunyai tema yang tersendiri.

GGV2 membariska­n artis seperti kumpulan Brothers, Devotees, InTeam, Rabithah, Heliza & Hazwani (Duo), Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.

Program yang juga tercalon dalam top 5 Anugerah Meletop akan diadili sepenuhnya oleh komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fatah dan anak seni dari Indonesia, Oki Setiana Dewi dan juga seorang jemputan.

Program ini diacarakan oleh Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim beserta pengganti Achey Bocey iaitu Fakhrul UNIC.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia