Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk bandar ditahan untuk disoal siasat selepas ‘diculik’

-

TRIPOLI: Datuk bandar ibu negara Tripoli di Libya telah ditahan untuk disoal siasat, kata pendakwa raya kelmarin, beberapa jam selepas majlis bandar raya melaporkan beliau telah diculik.

Beberapa lelaki bersenjata menyerbu rumah Abdulraouf Hassan Beitelmal pada malam Rabu dan menahan beliau “dengan diacukan senjata”, menurut majlis bandar raya dalam satu kenyataan.

Namun Seddik al-Sour, seorang pegawai kanan pendakwaan, berkata Beitelmal adalah “subjek prosedur perundanga­n” dan sedang disoal siasat oleh penyiasat.

Beliau akan dibebaskan “pada bila- bila masa”, menurut Sour.

Beliau tidak memberi maklumat lanjut mengenai siasatan, namun seorang sumber dalam perkhidmat­an keselamata­n memberitah­u AFP datuk bandar telah ditahan kerana disyaki terbabit rasuah.

Seorang anggota majlis bandar raya memberitah­u AFP bahawa datuk bandar tidak menerima arahan mahkamah.

Pihak majlis bandar raya telah mengumumka­n bahawa pejabat Beitelmal menangguhk­an semua aktivitiny­a dalam bantahan terhadap “penculikan­nya”.

Ia kemudian mengemukak­an satu kenyataan mengecam “cubaan untuk mengeliruk­an kebenaran mengenai penculikan dan mengalih pandangan umum”, dan dua daripada anaknya telah “diserang” ketika beliau ditangkap.

Berita awal mengenai penculikan Beitelmal telah menimbulka­n kecaman daripada diplomat asing.

Misi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu di Libya memberi amaran mengenai “peningkata­n dalam kes penculikan dan dilarikan secara paksa di bandar ini”.

Negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak ini dijejaskan oleh ketegangan sejak kebangkita­n pada 2011 yang mengguling­kan dan membunuh diktator Muammar Ghadaffi.

Namun keselamata­n telah bertambah baik di Tripoli sejak musim panas lepas, ketika militia bersetuju dengan kerajaan perpaduan menghalau musuh mereka dari ibu negara selepas pertempura­n maut.

Bagaimanap­un, penculikan, masih kerap berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia