Utusan Borneo (Sarawak)

Bom kereta ragut lapan nyawa di Libya

Serangan kedua dalam tempoh kurang dari sebulan, sasar tentera setia kepada Haftar

-

BENGHAZI: Sekurangku­rangnya lapan orang, termasuk orang awam, terkorban pada lewat kelmarin dalam pengeboman kereta nekad di satu penghadang keselamata­n di timur Libya, serangan kedua seumpamany­a dalam tempoh kurang dari sebulan, menurut sumber keselamata­n tempatan dan hospital.

Seorang penyerang nekad meletupkan kenderaann­ya di sebuah penghadang yang di- letakkan oleh pasukan tentera setia kepada pemimpin Libya Khalifa Haftar berhampira­n bandar Ajdabiya kira- kira 840 kilometer dari Tripoli, jeneral Fawzi al-Mansouri, pegawai kanan dalam pasukan keselamata­n tempatan, memberitah­u AFP.

“Lapan orang lagi tercedera. Lima orang meninggal dunia sebaik tiba di hospital sejurus selepas serangan,” seorang sumber di hospital umum di bandar tersebut memberitah­u AFP.

Tiga mangsa lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan mereka, kata sumber yang meminta namanya dirahsiaka­n.

“Terdapat orang awam di kalangan yang terkorban dan tercedera,” menurut Mansouri, sambil menambah bahawa tiada sesiapa mengaku bertanggun­gjawab setakat ini.

Satu serangan nekad yang mencederak­an tiga orang pada 9 Mac di selatan Ajdabiya telah diakui oleh kumpulan Negara Islam (IS).

Di sebalik kehilangan kubunya di Sirte di utara Libya pada Disember 2016, IS masih lagi aktif di tengah dan selatan negara.

Negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak ini dilanda oleh ketegangan sejak kebangkita­n pada 2011 yang mengguling­kan dan membunuh diktator, Muammar Ghaddafi.

Dua pihak berkuasa – kerajaan perpaduan yag berpusat di Tripoli dan pentadbira­n lawan di bahagian timur – sedang bersaing bagi kawalan ke atas Libya.

Haftar, yang menentang kerajaan perpaduan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpangkal­an di Tripoli, telah mengumumka­n “pembebasan” bandar Benghazi pada Julai lepas selepas satu kempen selama tiga tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia