Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim umum kesilapan perbicaraa­n anggota MS-13 dituduh rogol, bunuh gadis 13 tahun

-

LOS ANGELES: Seorang hakim Los Angeles mengumumka­n satu kesilapan perbicaraa­n kelmarin dalam kes melibatkan tiga anggota kumpulan dikatakan dari MS-13 didakwa dengan penculikan 2001, merogol dan membunuh seorang pelarian berusia 13 tahun.

Pendakwa raya berkata Santos Grimaldi, Melvin Sandoval dan Rogelio Contreras telah membawa Jacqueline Piazza di bahagian but kereta ke sebuah kawasan terpencil di Los Angeles, di mana beliau diserang dan ditembak sebanyak dua kali di kepala.

Hakim Mahkamah Agung Los Angeles Larry Fidler mengumumka­n satu kesilapan perbicaraa­n selepas para juri – gagal mencapai keputusan sebulat suara bagi dakwaan membunuh.

Suspek telah dijangka kembali ke mahkamah pada 4 Mei dengan pihak pendakwaan mengharapk­an perbicaraa­n semula dan ingin mendapatka­n hukuman mati terhadap Grimaldi, 35, dan Sandoval, 38, serta penjara seumur hidup tanpa parol terhadap Contreras, 40 tahun.

Satu keputusan juri berasingan telah mensabitka­n seorang defendan keempat, Jorge Palacios, pada 1 Mac bagi pembunuhan peringkat pertama dan penculikan serta dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol dalam keputusan hukumannya pada 11 April.

Timbalan Pendakwa raya Daerah Dayan Mathai berkata Palacios memberitah­u lelaki tersebut bahawa mereka perlu u“menghapusk­an” Piazza selepas dia dan teman wanitanya memukul Piazza.

Pendakwa raya berkata ketiga- tiga mereka telah membawa gadis yang menangis itu ke sebuah kawasan hutan di Taman Elysian, di mana mayatnya dalam keadaan bogel telah ditemui oleh seorang penduduk yang membawa anjingnya berjalan- jalan pada keesokan paginya.

“Jenayah ini terhadap Jacqueline adalah satu pembunuhan kejam di mana beliau telah ditembak sebanyak dua kali di kepala dan ini adalah bagaimana beliau telah ditinggalk­an,” kata Mathai, menunjukka­n kepada para juri sekeping gambar mangsa yang hanya memakai sepasang stokin dan kasut.

Pendakwa raya berkata remaja itu telah dirogol, dan DNA milik Sandoval ditemui di dalamnya, dengan DNA Grimaldi diambil dari bahagian dadanya.

MS-13, juga dikenali sebagai Mara Salvatruch­a, merupakan salah sebuah kumpulan jenayah di sebalik gelombang keganasan di Guatemala, Honduras dan El Salvador.

Kumpulan itu ditubuhkan di Los Angeles oleh pendatang Salvador yang melarikan diri dari perang sivil pada tahun 1980 dan masih lagi aktif di Amerika Syarikat.

Palacios, Grimaldi, Sandoval dan Contreras telah disabitkan pada Mei 2012 berhubung dengan pembunuhan Piazza.

Peguam Palacios, Lawrence Forbes, menegaskan bahawa anak guamnyua adalah seorang pengedar dadah kecilkecil­an dengan pengaruh yang tidak mencukupi dalam kumpulan bagi mengarahka­n pembunuhan dilakukan.

Keempat- empat mereka dikaitkan apabila seorang anggota wanita kumpulan itu tampil ke depan pada lima tahun lepas selepas kematian Piazza’ dengan mendakwa dia turut hadir semasa pembunuhan dilakukan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TAHAN: Ejen Penyiasata­n Keselamata­n Dalam Negeri menahan anggota geng MS-13 di Brentwood, New York kelmarin.
— Gambar AFP TAHAN: Ejen Penyiasata­n Keselamata­n Dalam Negeri menahan anggota geng MS-13 di Brentwood, New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia