Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah AS arah perbicaraa­n baharu susulan siaran ‘Serial’

-

WASHINGTON: Sebuah mahkamah rayuan di negeri Maryland di Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengarahka­n perbicaraa­n baharu terhadap seorang lelaki yang disabitkan bagi pembunuhan bekas teman wanitanya pada 1999, dalam satu kes yang menerima perhatian seluruh dunia hasil daripada rancangan bersiri terkenal “Serial”.

Mahkamah Rayuan Khas Maryland mendapati bahawa Adnan Syed, 37, telah mendapat peguam yang tidak efektif dan memutuskan bahawa pensabitan­nya pada 2000 bagi tuduhan membunuh, menculik dan pemenjaraa­n palsu akan digugurkan.

Syed dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup bagi pembunuhan Hae Min Lee berusia 18 tahun, yang mayatnya ditemui ditanam pada Februari 1999 di dalam sebuah kubur yang cetek di dalam hutan Baltimore, Maryland. Beliau telah dicekik.

Syed telah bersungguh­sungguh menyatakan dia tidak bersalah dan kes itu mendapat perhatian baharu ketika ia ditayangka­n oleh “Serial”, satu rancangan khas setiap minggu yang melihat seorang wartawan AS melihat semula kes dan membangkit­kan keraguan bagi kesalahann­ya.

Keputusan kelmarin oleh satu panel terdiri daripada tiga hakim tidak semestinya bermakna Syed akan mendapat perbicaraa­n baharu, ketika negeri itu boleh merayu keputusan di sebuah mahkamah yang lebih tinggi.

Namun peguam Syed, Justin Brown, menerima baik langkah tersebut.

“Kami telah berjuang selama ini di mana ia dirasai sangat hebat untuk mengatasi satu lagi halangan,” Brown memberitah­u wartawan.

“Syed telah menanyakan kepada saya untuk menyatakan penghargaa­n dia yang teramat sangat dan terima kasih dari lubuk hati dia kepada semua mereka yang menyokong dia selama ini,” jelas beliau.

“Serial turut membantu bahagian sokongan untuk kami dan untuk Adnan serta bagi kes ini, dan itu benarbenar telah membantu usaha serta membolehka­n kami terus berjuang dengan cara yang kami telah lakukan,” kata beliau.

Rancangan tersebut – satu gabungan kewartawan­an siasatan, naratif pertama seseorang dan penceritaa­n yang dramatik – memberi tumpuan pada musim pertama secara menyeluruh terhadap kisah Syed dalam 12 episod yang sangat menarik. Ia telah dimuat turun sebanyak lebih 175 juta kali, satu rekod dunia.

Kedua-dua Syed dan Hae merupakan pelajar cemerlang dan anak daripada keluarga pendatang yang menyembuny­ikan hubungan mereka daripada keluarga mereka yang konservati­f.

Pendakwa raya berkata semasa perbicaraa­n di mana Syed, anak lelaki kepada pendatang dari Pakistan, adalah seorang “kekasih yang dihina” yang berasa dimalukan selepas Hae, yang ibu bapanya datang ke AS dari Korea Selatan, memutuskan hubungan dengan dia.

Penyokongn­ya berkata pihak berkuasa telah gagal untuk menghubung­i seorang saksi alibi yang berpotensi yang mendakwa beliau melihat Syed di dalam sebuah perpustaka­an awam pada masa pembunuhan.

Mahkamah rayuan memetik kegagalan peguam Syed pada masa itu – yang kemudian meninggal dunia – untuk menghubung­i saksi alibi sebagai satu sebab untuk mengarahka­n perbicaraa­n baharu.

“Kami memutuskan bahawa dakwaannya bagi bantuan peguam yang tidak efektif telah dibuktikan,” kata mahkamah Maryland dalam keputusann­ya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIBICARA SEMULA?: Gambar fail menunjukka­n Syed (kiri) diiringi polis ketika meninggalk­an mahkamah di Baltimore, Maryland pada 5 Februari 2016.
— Gambar Reuters DIBICARA SEMULA?: Gambar fail menunjukka­n Syed (kiri) diiringi polis ketika meninggalk­an mahkamah di Baltimore, Maryland pada 5 Februari 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia