Utusan Borneo (Sarawak)

Bedilan artileri Israel bunuh petani Palestin

-

GAZA: Seorang petani Palestin terkorban di Gaza akibat serangan Israel pada awal semalam, kata pihak kementeria­n kesihatan di kawasan tersebut, sehari sebelum satu bantahan besar-besaran.

Jurucakap kementeria­n berkata seorang petani terbunuh dan seorang lagi tercedera akibat bedilan artileri Israel berhampira­n Khan Yunis di selatan Gaza.

Pihak kementeria­n telah mengenal pasti mangsa sebagai Omar Samour berusia 27 tahun.

Beberapa saksi tempatan berkata beliau sedang bekerja di tanahnya berhampira­n sempadan ketika insiden berlaku.

Tiada pengesahan lanjut daripada pihak tentera Israel mengenai serangan tersebut.

Ia muncul hanya beberapa jam sebelum satu tunjuk perasaan utama, yang dijangka akan memulakan bantahan selama enam minggu menjelang perasmian kedutaan Amerika Syarikat yang baharu di Baitulmuqa­ddis pada sekitar 14 Mei.

Digelar sebagai “Perarakan Besar kepada Kepulangan”, bantahan tersebut, yang termasuk beratus-ratus orang berkhemah berhampira­n dengan sempadan Israel- Gaza yang ditutup dan dikawal dengan ketat, mendapat sokongan daripada pemerintah Islamis Hamas di Gaza.

Bantahan telah menimbulka­n kebimbanga­n di Israel mengenai penceroboh­an sempadan yang berpotensi, dengan pihak tentera menam- bah ratusan anggota bantuan, termasuk lebih 100 penembak tepat pasukan khas, di sepanjang sempadan sejak beberapa hari ini.

Hamas telah bertempur dalam tiga peperangan dengan Israel sejak 2008. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AL- FATIHAH: Saudara- mara Omar membaca doa di sebelah jenazahnya di rumah mayat di Khan Yunis di selatan Semenanjun­g Gaza semalam
— Gambar AFP AL- FATIHAH: Saudara- mara Omar membaca doa di sebelah jenazahnya di rumah mayat di Khan Yunis di selatan Semenanjun­g Gaza semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia