Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki India didakwa bawa ‘kontinjen media palsu’ ke Sukan Komanwel

-

GOLD COAST: Seorang lelaki India telah didakwa atas tuduhan menyeludup manusia selepas mereka tiba di lapangan terbang Brisbane, Australia, bersama lapan penumpang lain sebagai sebahagian daripada “kontinjen media palsu” untuk membuat liputan ke atas Sukan Komanwel, kata pihak berkuasa kelmarin.

Sembilan pelawat tersebut, semuanya dari India, dijangka “pelawat tidak tulen” apabila mereka transit di Thailand dan disoal ketika mereka tiba di Brisbane Rabu lepas, kata Pasukan Sempadan Australia (ABF).

“Lapan didapati memiliki tauliah media asing yang palsu,” pasukan sempadan itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Polis akan mendakwa di mahkamah bahawa warga India berusia 46 tahun yang memiliki tauliah sah telah memudahkan cara kumpulan itu bergerak.”

Lelaki tersebut didakwa atas satu tuduhan menyeludup manusia dan satu tuduhan memiliki dokumen palsu serta maklumat palsu atau mengeliruk­an mengenai orang bukan warga negara.

Hukuman maksimum bagi setiap tuduhan adalah penjara selama 20 tahun.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Brisbane kelmarin dan ditahan reman.

Dia dijadual dibawa semula ke mahkamah pada 6 April, kata seorang pegawai mahkamah kepada AFP.

Lapan tertuduh lain, dengan usia dan jantina yang tidak dinyatakan, sedang dikurung dalam tahanan imigresen.

“ABF sentiasa waspada terhadap usaha lain yang sama dan mungkin berlaku menjelang permulaan Sukan Komanwel,” kata Komander ABF Wilayah Queensland, Terry Price.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Queensland Bob Gee memberitah­u pemberita, ancaman tiada kepada acara pelbagai sukan itu, yang akan berlangsun­g di Gold Coast dari 4 hingga 15 April.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia Peter Dutton sudah memberi amaran kepada atlet Sukan Komanwel dan kakitangan sokongan untuk tidak tinggal melebihi tempoh visa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia