Utusan Borneo (Sarawak)

Venezuela berdepan kemarahan kebangsaan, antarabang­sa

-

VALENCIA: Pihak berkuasa di Venezuela berdepan dengan kemarahan kebangsaan dan antarabang­sa kelmarin berhubung kebakaran di sebuah penjara balai polis di mana 68 orang maut, dalam salah satu bencana terburuk pernah berlaku di kemudahan tahanan negara itu yang begitu sesak sekali.

Kebakaran menyelubun­gi sel di ibu pejabat polis tersebut Rabu lepas di Valencia, bandar raya ketiga terbesar di Venezuela, yang terletak di negeri utara Carabobo dekat ibu negara Caracas.

Ketua Peguam Negara Tarek William Saab, yang memberikan angka kematian di tengah- tengah huru-hara yang berlaku awal kelmarin di bangunan polis terbabit, berkata kebakaran itu kemungkina­n besar adalah punca kematian.

Beliau berkata ia dipercayai sengaja dimulakan oleh tahanan.

Ahli keluarga mereka yang ditahan di sana cuba menyerbu balai pada Rabu lepas, di mana seorang anggota polis cedera dilontar dengan batu. Polis membalas dengan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka.

Kelmarin orang ramai lebih tenang tetapi tidak kurang gelisah.

“Saya tidak dapat lalu untuk melihat sama ada dia sudah mati ataupun belum,” kata Maria, seorang wanita tua dengan seorang anak lelaki yang ditahan di balai berkenaan.

Tidak jauh dari sana, seorang anggota polis wanita membaca senarai mangsa yang selamat.

“Mereka memberikan mayat anak saudara lelaki saya kepada saya semalam, dan saya sudah berada di sini sejak jam 6 pagi untuk menunggu kad pengenalan­nya” supaya dia dapat dikebumika­n, kata seorang lagi anggota keluarga, Carmen Varela, kepada AFP.

“Dia tidak terbakar. Dia ada kesan tembakan di kepalanya. Bagi saya, ia kelihatan seperti satu pembunuhan,” katanya dengan marah.

“Saya mahu melihat adik saya,” kata seorang wanita yang memberitah­u nama pertamanya ialah Yelitza.

Polis, katanya, “adalah orang yang menyebabka­n ini – ia adalah satu pembunuhan beramai-ramai”.

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) di Switzerlan­d menyebut dalam satu kenyataan bahawa ia “terkejut dengan kematian dahsyat” di balai berkenaan, dan menyeru kepada pihak berkuasa untuk menjalanka­n siasatan sepenuhnya.

Walaupun sel di balai Valencia itu direka untuk menahan suspek selama 48 jam, ramai daripada mereka yang ditahan di sana dipercayai banduan yang sudah disabit kesalahan tetapi tidak ada tempat dalam penjara yang penuh sesak di negara itu.

Sebuah pertubuhan hak banduan dipanggil Una Ventana a la Libertad (Jendela kepada Kebebasan) berkata kebakaran dimulakan oleh tahanan yang cuba meloloskan diri dari penjara.

“Tahanan cuba menahan dua anggota polis. Apabila itu tidak berjaya, mereka mencetuska­n rusuhan dan memutuskan untuk membakar tilam, kerana menyangka pintu akan terpaksa dibuka. Tetapi bar tidak terbuka,” kata pengarah kumpulan itu Carlos Nieto kepada AFP.

Anggota bomba terpaksa menebuk lubang pada dinding supaya mangsa selamat dapat keluar, katanya, dan menambah kira- kira 200 orang ditahan di dalam ketika kejadian.

Beberapa banduan “mati terbakar dan yang lain mengalami kelemasan”, kata Nieto.

Gambar yang diambil oleh kumpulan Nieto menunjukka­n mayat seorang lelaki dengan kelecuran dan anggota bomba cuba memadamkan api.

Penjara di Venezuela mengalami kesesakan yang buruk selain kekurangan bekalan asas disebabkan oleh krisis ekonomi yang semakin buruk di negara pengeluar minyak yang dahulu kaya itu.

Persatuan Nieto menganggar­kan sel tahanan sementara di balai polis Venezuela dipenuhi banduan yang lima kali lebih ramai daripada kapasitiny­a.

“Semua balai polis di Venezuela menghadapi keadaan kesesakan, kekurangan makanan dan penyakit yang sama atau lebih buruk lagi,” katanya.

Persatuan itu berkata 65 orang maut pada tahun lepas dalam sel tahanan disebabkan oleh keganasan, kekurangan zat makanan atau batuk kering.

Seramai 21 tahanan lari kelmarin dari sebuah balai polis di bandar utara Maracay, kata pihak berkuasa. Seorang ditangkap semula beberapa jam kemudian.

Tahanan yang lari, selepas ditahan di balai polis sementara menunggu perbicaraa­n, melarikan diri dengan tiga pucuk pistol dan sebuah motosikal milik balai tersebut, kata ketuanya Donan Conde kepada radio tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia