Utusan Borneo (Sarawak)

Penganut fanatik sambut Easter dengan penyaliban, sebat badan

-

SAN FERNANDO: Warga Filipina yang fanatik menandakan Jumaat Agung dengan mempamerka­n amalan keagamaan yang berdarah apabila mereka memaku diri pada salib dan menyebat belakang mereka di kubu kuat kepercayaa­n Katolik di Asia.

Walaupun tidak disenangi Gereja Roman Katolik, lakonan semula yang mengerikan bagi saat- saat akhir dalam kehidupan Kristus di bumi menarik ribuan orang yang percaya – dan pelancong – dalam suasana ala karnival yang memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menjalanka­n perniagaan yang lumayan.

Di bandar yang terletak ke utara Manila, sekurangku­rangnya tiga orang dipaku dengan pancang sepanjang lapan sentimeter pada telapak tangan dan kaki di kawasan lapang yang panas dan kering.

Lebih ramai penganut dijangka akan mengambil bahagian kemudian.

Pada waktu yang sama, lelaki tanpa baju, ada yang menutup wajah mereka dengan hud, menyebat belakang mereka hingga berdarah, disaksikan oleh penonton yang mengambil swafoto.

Mereka meninggalk­an titisan darah pada kereta, rumah dan malah botol soda yang dipamerkan di atas meja penjaja snek yang ada sepanjang jalan.

“Jika salah seorang ahli keluarga saya sakit, inilah apa yang kami buat,” kata Norman Lapuot, 25, ketika dia menyebat diri dengan cambuk berhujung buluh.

“Saya melakukan ini untuk ahli keluarga saya.”

Lapuot, yang memberitah­u ia adalah kali keempat dia mengambil bahagian dalam upacara itu, menambah dia percaya upacara itu telah membantu datuknya pulih daripada serangan angin ahmar.

Sementara majoriti daripada 80 juta penganut Katolik di Filipina meluangkan masa pada Jumaat Agung di gereja atau bersama keluarga, peserta menjalani keadaan mengerikan itu untuk menyesali dosa atau memanjatka­n kesyukuran di atas campur tangan Tuhan.

Penyaliban pada Jumaat Agung sudah dijalankan selama berdekad-dekad di Filipina walauupun Gereja Katolik yang dominan di negara itu secara rasminya tidak menyokong amalan tersebut.

“Gereja Roman Katolik tidak pernah menggalakk­an amalan menyebat diri, apatah lagi penyaliban,” kata Roy Bellen, seorang jurucakap bagi Keuskupan Agung Manila, kepada AFP.

“Semua pengorbana­n yang dituntut daripada penganut Katolik pada Musim Lent dan Minggu Suci harus menjurus kepada tindakan atau amalan yang memanfaatk­an orang miskin dan mereka yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Gerai makanan, pemandu teksi dan malah gerai cenderahat­i mendapat rangsangan daripada acara itu yang menarik kira-kira 35,000 orang setiap tahun ke kawasan itu sepanjang hari Jumaat Agung.

Hampir 80 peratus rakyat Filipina beragama Katolik, legasi penjajahan Sepanyol selama 300 tahun di negara itu yang berakhir pada awal abad ke-20.

 ?? — Gambar Reuters ?? DEMI AGAMA: Lelaki tidak berbaju dan wajah ditutup dengan hud menyebat belakang hingga berdarah ketika menandakan Jumaat Agung di bandar Cutud, utara Manila semalam.
— Gambar Reuters DEMI AGAMA: Lelaki tidak berbaju dan wajah ditutup dengan hud menyebat belakang hingga berdarah ketika menandakan Jumaat Agung di bandar Cutud, utara Manila semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia