Utusan Borneo (Sarawak)

Perniagaan akan dapatkan semula cukai melalui kenaikan kos, akibatnya harga tinggi

-

KUALA LUMPUR: Mempercaya­i harga barangan akan turun jika Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an semula menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah satu mitos.

Pengarah Hernancres Tax Consultanc­y Sdn Bhd, Desmond Anil, berkata bertentang­an dengan kepercayaa­n popular itu, kesannya adalah sebaliknya.

“SST mempunyai kesan lata ke atas harga barangan berikutan perniagaan yang didaftarka­n untuk SST akan mendapatka­n semula cukai melalui kenaikan kos ( perniagaan) dan ini akan menyebabka­n harga tinggi,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Desmond menjelaska­n ketidakten­tuan dalam penetapan harga yang wujud daripada langkah ini hanya sebahagian kecil daripada kebimbanga­n yang lebih besar, yang termasuk perdaganga­n rentas sempadan dan harga pemindahan daripada transaksi antara syarikat.

“GST telah dilaksanak­an secara menyeluruh sejak tiga tahun lepas dan dengan memansuhka­nnya, ia akan memberi impak yang besar kepada perdaganga­n yang sedang dijalankan,” katanya.

Dari aspek cukai, Desmond menekankan sistem sekarang sudah cukup baik, dengan struktur cukai menyediaka­n setara dan seimbang dan membawa kepada pewujudan jejak perniagaan.

“Kembali kepada SST mungkin satu langkah yang popular, tetapi berdasarka­n ciri-ciri cukai dan asas yang membentuk GST, saya tidak melihat mana-mana sistem cukai yang boleh menjadi lebih baik,” katanya.

GST diperkenal­kan pada 1 April, 2015 dengan kadar enam peratus menggantik­an SST, yang ditetapkan dengan kadar 10 peratus.

Pada awal pelaksanaa­nnya, kerajaan berkata GST perlu untuk mengurangk­an impak daripada kejatuhan harga minyak, yang merosot kepada AS$60 setong sebelum jatuh kepada AS$30.28 pada awal 2016, terendah sejak krisis kewangan tahun 2007-2010.

Hari ini, harga minyak hampir kepada paras AS$70 setong, dan ramai yang mempersoal­kan keperluan GST memandangk­an Petronas mencatat keuntungan bersih sebanyak RM45.4 bilion tahun lepas.

Syarikat minyak nasional itu dijangka membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan bagi 2018, lebih tinggi daripada RM16 bilion pada 2017.

Bagaimanap­un, Desmond menegaskan persepsi GST sebagai pendapatan tambahan kerajaan apabila harga minyak rendah adalah tidak benar.

“Pemahaman umum mengenai GST sebagai perolehan kedua kerajaan apabila harga minyak rendah merupakan cara yang sempit untuk melihat perkara itu susulan cukai itu sendiri adalah cukai yang menyeluruh dan amat berasaskan kepada transaksi,” katanya.

GST adalah sistem cukai yang dilaksanak­an secara menyeluruh mengikut perbelanja­an dan kerajaan telah mengecuali­kan pelbagai barangan isi rumah, import minyak dan gas serta perkhidmat­an seperti pengurusan unit strata, pembinaan sekolah dan lain-lain.

Pelaksanaa­n GST merupakan antara sebab kerajaan dapat mengurangk­an defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009 kepada 3.1 peratus pada 2016.

Tahun lepas, perolehan hasil kutipan GST adalah sebanyak RM42 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia