Utusan Borneo (Sarawak)

Industri broker saham digesa terima pendigital­an

-

KUALA LUMPUR: Sektor pembrokera­n saham perlu segera menerima pendigital­an dan tidak melihatnya sebagai menganggu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata ramai yang kini menyedari bahawa inovasi digital jelas dapat menangani keperluan industri dan ketidakcek­apan yang wujud dalam struktur legasi.

“Seperti yang kita lihat aliran meningkat dalam ekosistem perdaganga­n yang aktif, kita juga perlu menerima era baharu daya saing antara broker dan pengantara pasaran, ditambah dengan kemunculan pendigital­an,” katanya dalam ucapan pada Anugerah Kecemerlan­gan Bursa Malaysia 2017 di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Tajuddin Atan.

Johari berkata ramai peserta di pelbagai industri ketinggala­n disebabkan kegagalan mereka untuk membuat pembaharua­n dan menerima teknologi baharu.

“Anda akan mendapati organisasi yang paling berjaya adalah mereka yang memanfaatk­an kelebihan daya saing yang ditawarkan oleh inovasi digital dan memanfaatk­annya sebagai pembeza pasaran.

“Saya menggesa dan menggalakk­an semua orang di sini untuk mencari cara baharu untuk memanfaatk­an bidang digital, membangunk­an inisiatif yang menarik bertujuan meningkatk­an pasaran modal Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini, Suruhanjay­a Sekuriti dan Bank Negara Malaysia menubuhkan Kumpulan Pendigitan Industri Pembrokera­n Saham (BRIDGe), satu kumpulan kerja bersama antara pengawal selia dan peserta industri untuk mempercepa­tkan proses pendigitan industri pembrokera­n saham.

Johari berkata penubuhan BRIDGe menetapkan laluan kepada inovasi meliputi rantaian nilai pengantara­an yang boleh membawa kepada penguranga­n kos pembrokera­n dan meningkatk­an proses menyeluruh yang lancar dalam industri.

Pada 2017, pasaran modal Malaysia meningkat sebanyak 12.6 peratus kepada RM3.2 trilion dengan jumlah modal yang diraih sebanyak RM146.6 bilion.

Sementara itu, permodalan pasaran ekuiti naik 14.4 peratus kepada RM1.9 trilion dengan prestasi positif di semua indeks utama.

Jumlah bon dan sukuk terkumpul sebanyak RM1.3 trilion, meningkat 10.1 peratus.

Edisi anugerah tahunan ini bertemakan, ‘ Driving Excellence, Celebratin­g Success’, memberi pengiktira­fan kepada yang terbaik dalam industri melalui 19 kategori anugerah dalam bidang ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia