Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks harga pengeluar susut 3.4 peratus pada Februari

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar ( IHPR) bagi pengeluara­n tempatan berasaskan susut 3.4 peratus bagi tahun ke tahun kepada 106.7 pada Februari 2018 berbanding bulan sebelumnya setahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Statistik berkata, sektor yang mencatat penyusutan dalam tempoh itu termasuk pertanian, perhutanan dan perikanan (-16.2 peratus) dan pembuatan (-2.6 peratus).

Bagaimanap­un, IHPR bagi sektor tertentu meningkat iaitu perlombong­an (+ 3.1 peratus), bekalan air (+1.2 peratus) dan bekalan elektrik & gas (+0.8 peratus).

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, IHPR tempatan menurun sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2018 disebabkan oleh penyusutan sektor perlombong­an (-6.3%), pertanian, perhutanan dan perikanan (-2.5%) dan pembuatan (-0.8%).

Selain itu, indeks bagi sektor bekalan elektrik dan gas dan sektor bekalan air mencatat peningkata­n masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 0.1 peratus.

IHPR pengeluara­n tempatan mengikut peringkat pemprosesa­n ( SOP) pula susut sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2018 berikutan perubahan negatif dalam indeks bahan mentah untuk proses selanjutny­a (-4.8 peratus, barang siap (-1.4 peratus, bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen (-0.2 peratus.

Bagi perbanding­an tahun ke tahun, IHPR bagi pengeluara­n tempatan oleh SOP susut 3.4 peratus berikutan penurunan dalam indeks bahan mentah untuk proses selanjutny­a (-5.8 peratus), bahan perantaraa­n, bekalan dan komponen (-2.9 peratus) dan barang siap (-2.1 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia