Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa pada akhir Februari 2018 tetap boleh guna

-

KUALA LUMPUR: Butiran terperinci rizab antarabang­sa berdasarka­n format Special Data Disseminat­ion Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabang­sa menunjukka­n pada akhir Februari 2018, rizab negara tetap boleh guna, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat berkata mengikut format tersebut, butiran terperinci rizab antarabang­sa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgun­aan rizab, serta aset mata wang asing lain.

Ia turut menyediaka­n aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang telah dianggarka­n terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi kerajaan persekutua­n dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

BNM juga berkata aset rizab rasmi berjumlah AS$103.68 bilion (AS$1=RM3.85), manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$1.57 bilion pada akhir Feb 2018.

Katanya bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak AS$229.9 juta.

Sementara itu, jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$ 8.68 bilion pada akhir Februari 2018, mencermink­an pengurusan semasa mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.

BNM berkata sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluara­n pinjaman projek sebanyak US$ 2.41 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci itu turut menunjukka­n satusatuny­a salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$ 90.6 juta.

“Rizab antarabang­sa Ma- laysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabang­sa, bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia