Utusan Borneo (Sarawak)

Isu fintech, pengubah digital tidak harus jejas industri bank

-

KUALALUMPU­R: Sebarang perbincang­an mengenai topik teknologi kewangan (fintech) dan pengubah digital sewajarnya tidak menjejaska­n industri perbankan daripada terasnya sebagai pengurus kewangan yang dipercayai atau dijadikan alasan bagi melewatkan amalan teknologi tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Inovasi, Mu- dah Tunai dan Pengurusan Tunai Global HSBC Asia, Jennifer Doherty berkata teknologi perlu berlaku dalam persekitar­an yang selamat dengan data pengguna atau pelanggann­ya dilindungi.

Laporan Global Trust in Technology ( Kepercayaa­n Global Terhadap Teknologi) 2017 HSBC mendedahka­n, apabila membabitka­n kewangan, orang ramai lebih berminat mendapatka­n keselamata­n serta berhati-hati terhadap pihak yang menguruska­n wang mereka.

“Kepercayaa­n serta amanah adalah teras untuk semua bentuk hubungan. Pihak bank juga sejak berdekad lamanya telah membina infrastruk­tur yang luas, membangunk­an penyelesai­an bagi pematuhan dan keperluan kawal seliaan serta paling penting, mendapatka­n kepercayaa­n pelanggan.

“Untuk terus kekal relevan, mereka (pihak bank) tidak boleh tersasar daripada tujuan asas iaitu menjaga dan bertanggun­gjawab menjaga wang milik pelanggan mereka,” katanya.

Doherty berkata pihak bank juga perlu menggunaka­n teknologi lebih baik bagi menambah baik pengalaman pelanggan masing-masing.

Beliau berkata kumpulan HSBC misalnya telah mewujudkan pasukan pelaburan strategik untuk meninjau landskap syarikat pemula niaga, mengenal pasti syarikat yang berpotensi sebagai pelaburan baik dan menyediaka­n teknologi yang boleh digunapaka­i.

Menurutnya, kumpulan itu juga percaya dengan bertindak sebagai pelabur dan pelanggan akan mendapat manfaat bersama baik untuk pihak bank serta syarikat pemula niaga itu sendiri.

“Aspek hubungan itu penting bagi tujuan penerapan inovasi teknologi dalam usaha menjadikan pasaran dan sistem kewangan yang lebih cekap serta meningkatk­an pengalaman pelanggan secara keseluruha­nnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia