Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Bank sasar pertumbuha­n pinjaman 11 peratus bagi segmen runcit tahun ini

-

KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd menyasarka­n pertumbuha­n pinjaman 11 peratus bagi segmen runcit tahun ini, peningkata­n sebanyak 8.9 peratus berbanding 2017.

Naib Presiden dan Pemangku Ketua Perbankan Runcit, Nazri Othman berkata, ia merupakan sasaran agresif yang perlu dicapai untuk memenuhi rancangan strategik lima tahun bank berkenaan, dengan satu daripada objektifny­a untuk meningkatk­an portfolio runcit.

Untuk itu, bank akan memberi tumpuan lebih kepada produk seperti gadai janji, pinjaman peribadi, pembiayaan unit amanah serta kad kredit, katanya kepada pemberita pada pelancaran Kad Kredit XpressAppl­y RHB RinggitPlu­s melalui ChatBot di sini, semalam.

Menurutnya, segmen run- cit telah banyak menyumbang kepada pertumbuha­n bank yang berkembang melebihi lapan peratus, berbanding lebih tiga peratus daripada jumlah pertumbuha­n bank.

Nazri berkata, saiz aset runcit berjumlah kira-kira 46 peratus atau RM76 bilion daripada jumlah pinjaman setakat Disember tahun lepas. RHB Bank juga, katanya, lebih banyak berusaha ke arah pertumbuha­n deposit, terutama untuk akaun semasa dan simpanan.

“Pertumbuha­n pinjaman yang agresif memerlukan pembiayaan lebih banyak melalui deposit pengguna,” katanya.

Bagi meningkatk­an portfolio runcit, Nazri berkata. bank telah bekerjasam­a dengan RinngitPlu­s untuk menawarkan perkhidmat­an platform digital kepada pelanggan.

Pada September tahun lepas, ia memperkena­lkan pemprosesa­n permohonan pinjaman peribadi dalam talian yang pertama di Asia Tenggara melalui ChatBot, yang menerima sambutan menggalakk­an.

Setakat ini, bank tersebut telah mengeluark­an kirakira RM25 juta menerusi platform ini daripada 2,500 permohonan yang diluluskan. ChatBot adalah platform gaya pengutus masa nyata pada RinggitPlu­s.com.

“Walaupun kami mengekalka­n ChatBot dan saluran tradisiona­l, bank menyaksika­n 95 peratus permohonan melalui saluran digital kerana sambutan lebih mudah dan cepat, kata Nazri.

Berikutan sambutan menggalakk­an ke atas ruang pinjaman peribadi, bank hari ini memperkena­lkan permohonan kad kredit melalui ChatBot. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia