Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung inovasi kabin pesawat dengan kejurutera­an perlumbaan

-

KUCHING: AirAsia berbangga menjadi syarikat pertama yang memperkena­lkan tempat duduk ‘Mirus Hawk’ baharu dengan rekaan yang lebih menarik, menggabung­kan inovasi kabin pesawat dengan kejurutera­an perlumbaan terbaik.

Menurut satu kenyataan semalam, tempat duduk kelas ekonomi bermutu tinggi itu diperbuat daripada fiber karbon, aluminium dan upholsteri kulit asli.

Ia merupakan kombinasi yang dioptimumk­an secara ergonomik untuk memberikan lebih keselesaan, ruang dan gaya kepada para tetamu, selain direka dengan ketahanan dan keutuhan yang lebih tinggi.

Tempat duduk baharu itu juga lebih ringan dan dijangka membantu AirAsia mengurangk­an penggunaan bahan api sebanyak lebih daripada 70,000 liter dan pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 200 tan per pesawat setiap tahun.

Usaha itu selari dengan komitmen berterusan syarikat penerbanga­n ini untuk menawarkan tambang rendah dan amalan perniagaan yang mampan.

AirAsia menjadi lebih fokus dengan pengenalan perkhidmat­an baharu ter- hadap inovasi bermula dari lapangan terbang hingga ke udara.

Kesemua tempat duduk Hawk telah dipasang di kilang pengeluara­n automotif yang canggih di Norfolk, United Kingdom oleh Mirus Aircraft Seating, yang pakar dalam kejurutera­an Formula 1 dan mentaliti pengeluara­n automotif untuk menaik taraf tempat duduk dalam pesawat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes berkata, produk tersebut telah direka oleh pakar.

“Ia bukan sahaja tempat duduk eksklusif, malah lebih selesa dan mempunyai ruang kaki yang lebih besar.

Selain itu, ia juga lebih ringan, menjadikan­nya lebih baik untuk para tetamu dan syarikat kami serta alam sekitar.

“I n i h a n y a l a h permulaan,lebih banyak lagi inovasi yang akan datang, termasuk tempat letak peranti elektronik peribadi dan port USB 2A berkuasa tinggi supaya para tetamu kami dapat berhubung dan menikmati hiburan dalam pesawat kami yang hebat. Ini adalah satu langkah perubahan yang besar dalam pengalaman penumpang LCC,” tambahnya kemudian.

Untuk melihat tempat duduk Mirus Hawk, sila layari http:// bit. ly/ TheMirusHa­wk.

 ??  ?? SELESA: Tempat duduk Mirus Hawk, pembaharua­n perkhidmat­an dalam penerbanga­n LCC AirAsia.
SELESA: Tempat duduk Mirus Hawk, pembaharua­n perkhidmat­an dalam penerbanga­n LCC AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia