Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara rangkaian produk penjagaan gigi di Mydin berlangsun­g sehingga 1 April ini

-

KUCHING: Pasar Raya Besar Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) Petra Jaya dengan kerjasama ColgatePal­molive Marketing Sdn Bhd mengadakan jerayawara rangkaian produk penjagaan gigi sempena Bulan Kesihatan Mulut bertemakan ‘Get Mouth Fit’ bermula 26 Mac hingga 1 April ini.

Ketua Pasukan Pembanguna­n Pelanggan Colgate Palmolive Marketing Sdn Bhd (Sarawak) Lim Kui Seng berkata, program selama seminggu yang diianjurka­n pihaknya itu bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan mulut kepada orang awam.

“Pihak kita menjemput orang awam untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan kita jalankan secara percuma selain diskaun harga sehingga 10 peratus bagi setiap rangkaian keluaran jenama Colgate,” katanya ketika ditemui di Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, antara aktiviti yang telah dirancang termasuk ruangan mengambil gambar, mesin bertih jagung, cabaran kecergasan badan, sesi soal jawab dan banyak lagi.

Tambah beliau, bagi pelanggan yang membeli rangkaian produk keluaran Colgate pada harga RM35 dan ke atas dalam satu resit akan mendapat ubat gigi dan berus gigi Colgate secara percuma.

“Manakala jika pelanggan berbelanja RM50 dan ke atas dalam satu resit akan diberikan percuma ubat gigi, berus gigi dan sebuah bekas minuman keluaran terhad pihak kami.

“Justeru, saya harap orang ramai akan merebut peluang dengan berkunjung ke jerayawara ini yang diadakan dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Cawangan MYDIN Petra Jaya Rethnasamy Naidu Krishnan.

 ??  ?? BERKUALITI:
BERKUALITI:
 ??  ?? PROMOSI: Lim (lima kanan) bersama Rethnasamy (tujuh kanan) dan kakitangan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Sarawak) mempromosi­kan jerayawara sempena Bulan Kesihatan Mulut di Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di Kuching, semalam.
PROMOSI: Lim (lima kanan) bersama Rethnasamy (tujuh kanan) dan kakitangan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Sarawak) mempromosi­kan jerayawara sempena Bulan Kesihatan Mulut di Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di Kuching, semalam.
 ??  ?? TARIKAN: Banyak aktiviti cabaran kecergasan badan disediakan semasa jerayawawa Get Mouth Fit.
TARIKAN: Banyak aktiviti cabaran kecergasan badan disediakan semasa jerayawawa Get Mouth Fit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia