Utusan Borneo (Sarawak)

Pendirian Malaysia tetap konsisten terhadap arahan tenaga boleh diperbahar­ui

-

KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia ke atas Arahan Tenaga Boleh Diperbahar­ui (RED) tetap konsisten, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata pengharama­n ke atas minyak sawit yang dicadangka­n oleh Parlimen Kesatuan Eropah merupakan satu bentuk halangan perdaganga­n yang tidak boleh diterima, malah ia melanggar komitmen Pertubuhan Perdaganga­n Antarabang­sa Kesatuan Eropah.

“Kerajaan akan mempertaha­nkan 650,000 pekebun kecil sawit dan tidak akan menerima sebarang bentuk diskrimina­si daripada Kesatuan Eropah yang boleh menjejaska­n komuniti luar bandar kita,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada Selasa lepas, Kesatuan Eropah telah mengadakan satu mesyuarat rundingan tiga hala ‘Trilogue’ di Brussels, Belgium bagi mencapai persetujua­n tentang penyusunan semula Kesatuan Eropah dan keputusan pengharama­n bahan bakar bio berasaskan minyak sawit menjelang 2021.

Rundingan tiga hala yang selanjutny­a akan berlangsun­g pada April dan Mei ini.

Sementara itu, Mah berkata Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak sawit lain, sepakat dan faham tentang kesan ke atas negara masing-masing sekiranya Kesatuan Eropah mengenakan halangan perdaganga­n secara agresif.

“Pengharama­n ke atas minyak sawit akan memberi impak negatif terhadap perdaganga­n dan kerjasama Eropah di Asia Tenggara. Jika negara-negara anggota Kesatuan Eropah berhenti membeli minyak sawit, kita juga akan berhenti membeli produk mereka,” katanya.

Katanya minyak sawit Malaysia memenuhi standard kemampanan yang sangat ketat yang diiktiraf di bawah RED berdasarka­n kaedah kemampanan Eropah yang terkemuka dan dikawal selia Suruhanjay­a Kesatuan Eropah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia