Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti meriahkan larian bertopeng ‘Mask Run’, 15 April

- HIBURAN

KUALA LUMPUR: Resilience Studios dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurk­an larian berkonsepk­an topeng ‘Mask Run’ sejauh 7 kilometer di Dataran Merdeka pada 15 April ini.

Penganjur larian tersebut Pengarah Eksekutif Resilience Studios Shuhada Mohd berkata program ‘Fun Run’ itu bertujuan meningkatk­an kesederaan dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat, selain dapat menggalakk­an aktiviti kekeluarga­an.

Program dengan kerjasama KL Car Free Morning itu akan bermula pada 6 pagi, meliputi sepanjang jalan Raja Laut menuju ke Bukit Nenas dan kembali ke Dataran Merdeka melalui kawasan Masjid India, katanya pada sidang media barubaru ini.

Beliau berkata selaku penganjur larian ‘Mask Run’, Resilience Studios berpendapa­t bahawa penggunaan topeng sewaktu larian dapat membantu meningkatk­an tahap keyakian para peserta serta semangat yang lebih positif untuk diri sendiri.

“Medium tersebut juga dapat dilihat dengan simbolikny­a sebagai pelindung kepada kelemahan diri peserta di mana hanya kekuatan diri yang terpamer dalam kehidupan seharian,” katanya.

ERAT SILATURAHI­M

Shuhada berkata larian itu mengeratka­n silaturahi­m antara keluarga dan masyarakat di mana ia terbuka kepada semua, tiada kategori yang ditetapkan dan tiada bayaran untuk kanakkanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Bagi peserta yang memakai topeng yang paling cantik dan unik semasa larian akan diberi telefon bimbit sebagai hadiah, katanya.

Selebriti terkenal seperti Aiman Tino, Azza Elite dan Sasha Elite akan turut membuat persembaha­n pada hari tersebut untuk menghibur para peserta.

Yuran penyertaan sebanyak RM60 akan dikenakan kepada setiap peserta dan akan dirangkumi dengan medal penyertaan dan baju Tshirt larian.

Bagi sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi ‘Mask Run’ di www. resilience­studios.com.my atau hubungi ke talian 013 259 2009/ 019 201 0602

 ??  ??
 ??  ?? BERI PENERENGAN: Sidang media mengenai ‘Mask Run’ yang akan diadakan pada 15 April. TURUT SERTA: (Dari kiri) Pengarah Eksekutif Residlienc­e Studios Shuhada Mohd, Aiman Tino, Shasha Elite dan Azza Elite.
BERI PENERENGAN: Sidang media mengenai ‘Mask Run’ yang akan diadakan pada 15 April. TURUT SERTA: (Dari kiri) Pengarah Eksekutif Residlienc­e Studios Shuhada Mohd, Aiman Tino, Shasha Elite dan Azza Elite.
 ??  ?? UCAPTAMA: Pengarah Eksekutif Resilience Studios Shuhada Mohd berucap pada sidang media.
UCAPTAMA: Pengarah Eksekutif Resilience Studios Shuhada Mohd berucap pada sidang media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia