Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan tersalah pangkah pada PRU14: Ahmad Shabery

-

SEMPORNA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatk­an penduduk di daerah ini agar tidak tersalah undi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya kerana sayang pada seseorang individu.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata yang kuat itu bukan individu tetapi kerajaan di belakang wakil rakyat tersebut yang sebenarnya membantu rakyat.

“Sebab itu PRU kali ini jangan salah pangkah macam filem P Ramlee iaitu ‘Ali Baba dan 40 Penyamun’, yang pangkahpan­gkah tetapi terpangkah tandas dan hasilnya pun dapat isi dalam tandas,” katanya ketika berucap merasmikan Gelombang Nelayan Nasional 2018: Seaweed Splash di Tapak Regatta di sini, semalam.

Hadir sama pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan kuat yang tidak meminggirk­an warga bandar dan luar bandar yang terdiri daripada petani, pesawah dan nelayan.

“Mana ada dalam dunia menyediaka­n elaun untuk nelayan seperti Malaysia, pembangkan­g kata beri Bantuan Rakyat 1Malaysia pun dedak dan dalam manifesto pembangkan­g baru-baru ini satu perkataan menyebut nelayan pun tiada,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu mahu semua anggota Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO tidak tersalah langkah dan kerap turun padang bertemu rakyat, sahabat handai dan anggota keluarga untuk pastikan sokongan dan undi BN pada PRU14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia