Utusan Borneo (Sarawak)

Ibra tidak menolak untuk sertai Sweden beraksi di Piala Dunia 2018

-

CARSON, Amerika Syarikat (AS): Zlatan Ibrahimovi­c enggan menolak peluang untuk bermain bersama Sweden di Piala Dunia 2018 ketika beliau memulakan kerjayanya dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) bersama Los Angeles Galaxy.

Penyerang veteran itu menjadi topik utama untuk Sweden, sama ada beliau akan bermain atau tidak bersama Sweden yang layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas menewaskan Itali pada perlawanan playoff.

Jumaat lepas, ketika diperkenal­kan sebagai pemain Galaxy di California, Ibrahimovi­c ada bercakap tentang beraksi di Rusia.

“Biar saya bermain di sini (AS) dahulu,” kata beliau. “Apa yang berlaku di sini akan memberi kesan. Namun fokus saya ialah Galaxy, membuat persediaan yang baik, mengembali­kan kecergasan untuk membantu kelab dan jurulatih.

“Piala Dunia adalah soalan lain. Saya sudah berkata sebelum ini. Tiada siapa menghubung­i sesiapa pun. Jika mereka mahu, saya

Piala Dunia adalah soalan lain. Saya sudah berkata sebelum ini. Tiada siapa menghubung­i sesiapa pun. Jika mereka mahu, saya ada di sini. Zlatan Ibrahimovi­c Pemain LA Galaxy

ada di sini.” Jurulatih Sweden, Janne Andersson setakat ini belum mem- buat langkah pertama tetapi ada berkata pada awal bulan Mac di mana Zlatan mungkin akan dipanggil jika beliau mahu dipertimba­ngkan untuk pemilihan. Ibrahimovi­c bagaimanap­un menolak untuk mengulas lanjut apabila ditanya Jumaat lepas jika beliau mahu bermain di Piala Dunia atau tidak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TARIKAN: Ibrahimovi­c mempamerka­n jersi baharunya bersama kelab LA Galaxy pada sidang media di Los Angeles, California.
— Gambar AFP TARIKAN: Ibrahimovi­c mempamerka­n jersi baharunya bersama kelab LA Galaxy pada sidang media di Los Angeles, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia