Utusan Borneo (Sarawak)

Louisa Foong cipta nama di pentas antarabang­sa

- Oleh R Ratcharath­an

KUALA LUMPUR: Louisa Foong memulakan perjalanan­nya dalam bidang muzik seawal usia tiga tahun apabila mengikuti kelas piano di Sekolah Muzik Yamaha di sini dan sejak itu wanita berusia 24 tahun berkenaan tidak lagi menoleh ke belakang.

Anak jati Kuala Lumpur itu yang kini bergelar pemain piano, penerbit, penyusun serta konduktor muzik selain mengetuai sebuah kumpulan muzik, mula mencipta nama di arena antarabang­sa menerusi video muzik bertajuk ‘Revival’ yang diterbitka­n dan diarah sendiri olehnya pada Disember 2015, disusuli konsert pertamanya dengan tajuk sama di Berklee College of Music di Boston, Masachusse­ts pada 29 Feb 2016.

“Pada 2012, saya menyertai Berklee Transfer Programme yang ditawarkan di Internatio­nal College of Music (ICOM) di ibu negara. Saya di sana (ICOM) selama dua tahun dan di situlah saya didedahkan kepada muzik kontempora­ri,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya pada peringkat awal beliau mengalami kesukaran mengikuti pengajian kerana muzik kontempora­ri berbeza dengan klasik namun beliau sedar bidang itu penting sebagai persediaan untuknya ke Berklee College of Music di Boston, Masachusse­tts, Amerika Syarikat (AS).

Mengulas kehidupann­ya di AS dari 2014 hingga 2016 itu, Foong berkata beliau bukan sahaja perlu menyesuaik­an diri dengan persekitar­an kolej selain tugasan yang sukar tetapi pada masa sama perlu membuktika­n pemuzik wanita sepertinya juga mampu melakukan apa sahaja setanding dengan pelajar lelaki.

Antara pengalaman paling berhargany­a setakat ini ialah menjadi membuat persembaha­n pembuka tirai jelajah Richard Clayderman di sini pada 2013 serta menyanyi bersama Berklee Gospel Choir dengan pemenang Anugerah Emmy, Chris Tomlin pada jelajah ‘Love Ran Red’ penyanyi itu di Lowell, AS pada 2015.

Kini wanita muda itu dalam proses menerbitka­n single lagu gospel pertamanya yang akan menampilka­n penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat (AS) Tyesha Chaunte.

Pemain papan nada dan penyusun muzik untuk kumpulanny­a ‘Starlight Astronauts’ itu juga berkata tahun lepas beliau dan kumpulanny­a membuat persembaha­n di Festival Jazz ke-13 di Shanghai, China.

“Saya berhasrat memanfaatk­an keupayaan dan pengalaman yang saya peroleh di seberang laut ini untuk menaikkan industri muzik tempatan,” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai wanita menceburka­n diri dalam industri muzik yang akan mewujudkan inovasi tahap baharu dalam bidang berkenaan.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMULA AWAL: Louisa Foong, 24, memulakan perjalanan­nya dalam bidang muzik seawal usia tiga tahun apabila mengikuti kelas piano di Sekolah Muzik Yamaha. Kini wanita muda itu dalam proses menerbitka­n single lagu gospel pertamanya yang akan menampilka­n...
— Gambar Bernama BERMULA AWAL: Louisa Foong, 24, memulakan perjalanan­nya dalam bidang muzik seawal usia tiga tahun apabila mengikuti kelas piano di Sekolah Muzik Yamaha. Kini wanita muda itu dalam proses menerbitka­n single lagu gospel pertamanya yang akan menampilka­n...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia