Utusan Borneo (Sarawak)

Costa Rica pilih bekas menteri jadi presiden baharu

Tolak pengkhutba­h ultra konservati­f yang berkempen dengan lantang menentang perkahwina­n sejantina

-

SAN JOSE: Costa Rica kelmarin memilih seorang bekas menteri dari parti pemerintah haluan kiri tengah untuk menjadi presiden baharunya, dan menolak pencabarny­a, seorang pengkhutba­h ultra konservati­f yang berkempen dengan lantang menentang perkahwina­n sejantina.

Carlos Alvarado, bekas menteri buruh di bawah presiden sekarang Luis Guillermo Solis, yang tidak dibenarkan untuk bertanding bagi penggal kedua, memenangi 60.7 peratus undi dengan meyakinkan dalam pemilihan pusingan kedua, kata badan pilihan raya, berdasarka­n kiraan dari lebih 90 peratus stesen undian.

“Lebih banyak perkara yang menyatukan kita berbanding memisahkan kita,” katanya kepada orang ramai yang bersorak dalam ucapan kemenangan­nya, selain mengucapka­n tahniah kepada calon yang tewas.

“Tugas saya adalah untuk menyatukan republik ini, membawanya ke hadapan, supaya ia menjadi republik terkemuka pada abad ke-21,” katanya.

Pengkhutba­h haluan kanan, Fabricio Alvarado (yang tidak ada pertalian kekeluarga­an dengannya), memperoleh­i 39.3 peratus.

Beliau segera mengaku kalah kepada penyokong yang kecewa, memanjatka­n kesyukuran kepada Tuhan, dan mengucapka­n tahniah kepada Carlos Alvarado di atas kemenangan­nya.

“Kita tidak memenangi pilihan raya tetapi kita dapat menerima keputusan ini dengan kepala yang diangkat tinggi,” katanya.

Costa Rica, sebuah negara kecil di Amerika Tengah dengan lima juta penduduk, berpecah-belah sebelum pemilihan pusingan kedua.

Fabricio Alvarado muncul sebagai calon yang tidak dikenali untuk mendahului barisan 13 calon dalam pemilihan pusingan pertama pada Februari lalu selepas beliau dengan lantang mengecam langkah untuk mengiktira­f perkahwina­n sejantina.

Pendirian itu selari dengan fahaman konservati­f ma- syarakat yang berleluasa di negara itu, khususnya di kawasan luar bandar yang lebih mundur, dan pengkhutba­h itu turut digalakkan oleh sokongan daripada sidang-sidang injil yang telah berkembang sejak beberapa dekad lalu.

Sebaliknya Carlos Alvarado menyajikan kempen yang lebih tradisiona­l dengan mengetenga­hkan beberapa isu – meningkatk­an pendidikan, mengurangk­an defisit yang semakin berkembang, memperting­katkan perlindung­an alam sekitar – dan pada waktu yang sama menunjukka­n kesinambun­gan dengan pemimpin sekarang.

Tinjauan sebelum pilihan raya membayangk­an per- tarungan yang sengit. Namun pada akhirnya, keputusan ternyata kemenangan yang jelas dan besar bagi Carlos Alvarado.

Beliau akan memegang kuasa pada bulan depan untuk penggal selama empat tahun.

Carlos Alvarado, yang berusia 38 tahun, adalah seorang penulis juga, dengan terbitan tiga novel, yang menyukai muzik rock sejak zaman universiti sebagai penyanyi dalam sebuah kumpulan rock progresif dipanggil ‘Dramatika’. Beliau menganggap Pink Floyd sebagai salah satu kumpulan kegemarann­ya.

Beliau memulakan karier profesiona­l sebagai seorang wartawan tetapi meninggalk­an kerja tersebut apabila beliau menyedari “kita perlu melibatkan diri untuk mengubah keadaan”.

Selepas beliau pindah ke Panama disebabkan oleh karier isterinya dalam senibina – dan menulis sebuah novel di sana – beliau kembali ke Costa Rica untuk membantu Solis dalam kempen pilihan raya presiden pada 2014.

Selepas Solis menang, beliau dilantik untuk menjadi menteri pembanguna­n sosial, dan kemudian menteri buruh.

Beliau berundur pada Januari tahun ini untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Menjadi calon Parti Tindakan Warga Negara yang memerintah negara ternyata bukan sahaja membantu tetapi juga menghalang, kerana ini memberikan­nya jentera sebuah parti yang memegang kuasa – tetapi juga parti yang dicemari skandal pegawai yang menyalahgu­nakan kuasa mereka serta kegagalan mereka untuk mengekang peningkata­n jenayah ganas.

Penganalis­is berkata Carlos Alvarado berjaya menjauhkan diri sedikit daripada kerajaan selepas reputasiny­a menurun, dan mengemukak­an diri sebagai seseorang yang dapat memperbaha­rui parti.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi Carlos Alvarado apabila beliau menggalas tugas nanti adalah untuk menurunkan defisit, yang sudah meningkat kepada 6.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Mengenai perkahwina­n sejantina, beliau menyatakan beliau menyokongn­ya, selari dengan seruan yang dikeluarka­n pada Januari lalu oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika agar kesatuan sedemikian diiktiraf.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? RAI KEMENANGAN: Carlos Alvarado (tengah) bersama penyokong meraikan kemenangan­nya dalam pilihan raya presiden di San Jose, Costa Rica kelmarin.
— Gambar Reuters RAI KEMENANGAN: Carlos Alvarado (tengah) bersama penyokong meraikan kemenangan­nya dalam pilihan raya presiden di San Jose, Costa Rica kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia