Utusan Borneo (Sarawak)

52 individu ditahan dalam operasi membantera­s perjudian

-

KUCHING: Operasi membantera­s perjudian di negeri ini diteruskan minggu lalu menerusi beberapa serbuan ke atas premis yang menjalanka­n kegiatan haram itu.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya berkata seramai 52 individu ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian.

Menurutnya serbuan dijalankan terhadap premis makanan dan kedai serbaneka 24 jam yang menjual loteri (4D) haram dan menawarkan khidmat tambah nilai untuk judi dalam talian (online).

“Sebanyak 41 serbuan telah berjaya dilakukan dalam tempoh tujuh hari bermula 26 Mac hingga 1 April lalu yang membawa kepada penahanan seramai 52 individu,” katanya.

Kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 57 tahun melibatkan 31 lelaki dan 21 perempuan termasuk seorang warganegar­a asing.

Mengulas lanjut, seban- yak 34 serbuan melibatkan 4D haram manakala enam serbuan judi siber dan satu serbuan terhadap perjudian di tempat awam.

Menurut Dev, usaha berterusan memerangi penjualan 4D haram di 13 daerah terus membuahkan hasil.

“Dalam serbuan yang dijalankan di Padawan, Kuching dan Miri, kita berjaya menahan 42 individu ser- ta merampas wang tunai RM12,251 selain peralatan yang digunakan untuk menjual 4D,” katanya.

Sementara itu, enam serbuan terhadap kedai serbaneka 24 jam yang menawarkan khidmat tambah nilai judi online dijalankan di Kuching, Miri, Kota Samarahan dan Meradong.

Enam operator ditahan dan lapan telefon mudah alih serta wang tunai RM2,706 dirampas.

Antara lain, polis Sarawak turut menahan empat individu dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah kafe di Jalan Poh Yew, Sibu.

Menurut Dev, kesemua individu ditahan disiasat kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka.

 ??  ?? OPERASI: Polis ketika melaksanak­an Ops Dadu bagi membantera­s kegiatan judi.
OPERASI: Polis ketika melaksanak­an Ops Dadu bagi membantera­s kegiatan judi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia