Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n balas pegawai penyiasat kes bunuh Kim Jong-Nam selesai

-

KUALA LUMPUR: Pemeriksaa­n balas peguam terhadap pegawai penyiasat kes bunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara yang bermula 6 November tahun lalu, selesai, pada perbicaraa­n semalam di Mahkamah Tinggi di sini.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Supritenda­n Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz disoal balas oleh peguam Gooi Soon Seng yang mengetuai pasukan pembelaan bagi warga Indonesia Siti Aisyah, 26, dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili warga Vietnam Doan Thi Huong, 29.

Selepas pemeriksaa­n balas selesai, pemeriksaa­n semula oleh pihak pendakwaan terhadap pegawai penyiasat itu sepatutnya bermula hari ini, bagaimanap­un Pengarah Pendakwaan Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad memohon ia bermula esok bagi membolehka­n pihaknya meneliti dokumen dan soalan terlebih dahulu agar ia tidak bertindih.

“Yang Ariff, kami akan mengambil tempoh dua hari bagi mengendali­kan pemeriksaa­n semula ke atas saksi kesembilan ini,” kata Muhamad Iskandar.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membenarka­n permohonan berkenaan dan menetapkan esok untuk menyambung perbicaraa­n.

Siti Aisyah dan Doan didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) pada 9 pagi, 13 Feb 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika disoal balas peguam Salim Bashir yang turut mewakili Doan, Wan Azirul Nizam berkata beliau tidak bersetuju bahawa tertuduh (Doan) tidak tahu yang tindakanny­a (serang) boleh memudaratk­an kematian ke atas mangsa (Kim Jong-nam)

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa keseluruha­n siasatanny­a dalam kes itu tidak lengkap, prejudis dan tidak adil.

Menjawab soalan peguam Naran Singh yang juga mewakili Doan, Wan Azirul Nizam berkata beliau tidak bersetuju bahawa Polis Diraja Malaysia sengaja tidak mengambil langkah sewajarnya untuk membawa balik empat lelaki Korea Utara yang didakwa membunuh Kim Jong-nam.

Empat lelaki itu ialah Hong Song Hac, 35; (Mr Chang), O Jong Gil, 56 (James), Ri Ji Hyon, 34, (Mr Y) dan Ri Jae Nam, 59, (Hanamori).

Naran Singh: PDRM sudah mengambil semua langkah untuk siasat kes ini?

Wan Azirul Nizam: Ya, benar.

Naran: Selain kamu menghantar surat kepada Interpol, kamu tidak mengambil langkah lain untuk kesan empat orang itu sehingga hari ini?

Wan Azirul Nizam: Saya setuju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia