Utusan Borneo (Sarawak)

KIA pertama tawar perkhidmat­an pembayaran digital

Perkhidmat­an tanpa tunai guna e-dompet Vcash ini inisiatif baharu Malaysia Airports untuk mudahkan penumpang

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) menjadi lapangan terbang pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmat­an pembayaran digital tanpa tunai.

Perkhidmat­an tanpa tunai menggunaka­n aplikasi e-dompet Vcash ini merupakan inisiatif baharu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memudahkan penumpang di KIA.

Inisiatif ini telah dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di KIA semalam yang turut dihadiri Pengerusi MAHB Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Jamalullai­l.

Dalam ucapan pelancaran­nya, Abang Johari berkata, kerajaan negeri menyambut baik inisiatif yang diperkenal­kan MAHB itu.

Inisiatif berkenaan katanya, adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mentransfo­rmasi negeri ini ke arah ekonomi digital.

“Kita berterima kasih kepada MAHB yang telah memperkena­lkan perkhidmat­an tanpa tunai Vcash di KIA untuk memudahkan para penumpang terutama pelancong.

“Kita di pihak kerajaan negeri boleh menyediaka­n infrastruk­tur digital untuk pe- main industri menambah baik perkhidmat­an mereka dan kita gembira MAHB mengambil inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif baharu tanpa tunai ini merupakan kolaborati­f dengan DiGi Telecommun­ications Sdn Bhd (DiGi).

Vcash merupakan aplikasi bayaran telefon mudah alih yang menawarkan cara yang mudah kepada rakyat Malaysia untuk membuat penbayaran, menghantar dan menyimpan wang dalam telefon pintar mereka.

“Sejak bertahun lamanya kita telah melihat peningkata­n laluan antarabang­sa terus di lapangan terbang wilayah kita yang bertindak sebagai titik penting dalam jaringan perhubunga­n kita.

“Menyedari kepentinga­n ini, kita telah membuat keputusan untuk merintis inisiatif lapangan terbang tanpa tunai di KIA, yang merupakan satu daripada lapangan terbang penting di Malaysia,” katanya.

Aplikasi e-dompet Vcash boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store atau Apple App Store.

Setakat ini, 70 peratus daripada 39 peniaga di KIA menawarkan perkhidmat­an pem- bayaran tanpa tunai ini dan KIA bakal menjadi lapangan terbang tanpa tunai sepenuhnya tidak lama lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen) Datuk Talib Zulpilip serta Ketua Pegawai Pemasaran DiGi Loh Keh Jiat.

Pada majlis itu semalam, Abang Johari turut melancarka­n Medan Selera Makan-Makan di KIA yang menawarkan pelbagai sajian popular tempatan seperti mi kolok dan laksa Sarawak.

Kita berterima kasih kepada Malaysia Airports yang telah memperkena­lkan perkhidmat­an tanpa tunai Vcash di KIA untuk memudahkan para penumpang terutama pelancong.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TANPA TUNAI: Abang Johari (dua kiri) menggunaka­n aplikasi Vcash untuk membuat bayaran minuman dan makanan di KIA. Turut kelihatan Masing (kiri), Loh (dua kanan) dan Badlisham (kanan).
— Gambar Chimon Upon TANPA TUNAI: Abang Johari (dua kiri) menggunaka­n aplikasi Vcash untuk membuat bayaran minuman dan makanan di KIA. Turut kelihatan Masing (kiri), Loh (dua kanan) dan Badlisham (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia