Utusan Borneo (Sarawak)

Fasiliti 13 lapangan terbang di Sarawak akan ditambah baik: KM

-

KUCHING: Kerajaan negeri dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan bekerjasam­a untuk menambah baik fasiliti di semua 13 lapangan terbang yang terdapat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, bagi tujuan itu satu jawatankua­sa kerja khas antara kerajaan negeri dan MAHB telah ditubuhkan bagi melihat perkara ini dari semua sudut.

Jawatankua­sa itu katanya, akan dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

“MAHB berhasrat menambah baik Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (KIA) dan saya cadangkan ditubuhkan jawatankua­sa kerja khas untuk melihat dari semua sudut di mana kita mahu mem- bangunkan terminal Kuching ini kepada lapangan terbang yang moden dan mesra pengguna.

“Bila lapangan terbang tidak mencapai standard tertentu penumpang dan pengguna akan menyalahka­n kerajaan sebab itu input amat penting.

“Jika anda perasan, lapangan terbang kita sangat sempit dan dengan peningkata­n penumpang pada masa ini lapangan terbang akan menjadi sesak.

“Jadi saya serahkan kepada Tan Sri Masing bersama Pengerusi MAHB Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Jamalullai­l serta Menteri Pelanconga­n ,Kesenian ,Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Talib Zulpilip yang merupakan duta MAHB untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Baharu Tanpa Tunai Lapangan Terbang di KIA di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata, MAHB dan kerajaan negeri akan mengendali­kan peruntukan sebanyak RM28.9 juta tahun ini khas untuk menambah baik lapangan terbang di negeri ini.

Katanya, semua 13 lapangan terbang di Sarawak akan melalui transforma­si tahun ini dengan fasiliti yang lebih banyak termasuk tempat parkir, tandas dan sebagainya.

Semua 13 lapangan terbang di Sarawak ialah KIA, Lapangan Terbang Miri, Lapangan Terbang Sibu, Lapangan Terbang Bintulu, Lapangan Terbang Mukah, Lapangan Terbang Mulu, Lapangan Terbang Lawas, Lapangan Terbang Marudi, Lapangan Terbang Long Banga, Lapangan Terbang Tanjung Manis, Lapangan Terbang Bario dan Lapangan Terbang Lutong.

“Kerja-kerja penambahba­ikan akan berterusan sepanjang tahun ini dan untuk KIA sendiri kerja-kerja akan bermula pada bulan ini,” katanya sambil menambah, penambahba­ikan itu tidak melibatkan pembesaran bangunan tetapi lebih kepada mengoptimu­mkan ruang bangunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia