Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kehamilan remaja di S’wak masih tinggi meski menurun

-

LAWAS: Sarawak masih mencatat peratusan kes remaja hamil paling tinggi di negara ini iaitu antara 6.4 peratus hingga 9.9 peratus daripada jumlah ibu yang mendaftar kehamilan dalam Malaysia, meskipun menunjukka­n penurunan 14.2 peratus pada 2017 berbanding 2016.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) penurunan bilangan kes remaja hamil sebanyak 10 peratus setiap tahun berbanding bilangan kes pada tahun sebelumnya

“Isu kehamilan remaja salah satu daripada sembilan isu sosial yang diberi perhatian serius oleh kerajaan untuk ditangani secara berkesan dan bersepadu,” katanya pada penutupan One Stop Teenage Pregnancy Committeec (OSTPC) dan UndangUnda­ng Sosial Tahun 2018 Peringkat Bahagian Limbang di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

Awang Tengah berkata, statistik daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mencatat sejumlah 2,130 kes remaja hamil di Sarawak pada 2017.

“Kita bersyukur kerana jumlah ini menunjukka­n penurunan 14.2 peratus, bersamaan dengan 351 kes, berbanding tahun 2016 yang merekodkan 2,481 kes.

“Pada 2017 juga terdapat sembilan bahagian di Sarawak yang mencapai KPI penurunan bilangan remaja hamil sebanyak 10 peratus atau lebih berbanding tahun 2016,” tambahnya.

Beliau berkata, tiga bahagian di Sarawak mencatat kenaikan atau tiada perubahan dalam bilangan kes remaja hamil ialah Sibu, Sri Aman dan Limbang.

“Kerajaan bimbang dengan peningkata­n trend remaja hamil yang tidak berkahwin di negeri Sarawak iaitu pada 2017, sejumlah 54.6 peratus remaja hamil tidak berkahwin,” ujarnya.

Semua pihak katanya, perlu memainkan peranan menangani masalah remaja hamil menerusi beberapa program kesedaran, advokasi dan pencegahan bersama rakan strategik kementeria­n untuk menurunkan bilangan kes remaja hamil di seluruh Sarawak.

Kementeria­n bertanggun­gjawab melalui Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak menurutnya, akan melaksanak­an program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di bahagian Limbang iaitu di SMK Sundar, Lawas setelah program serupa diadakan di SMK Trusan tahun lalu.

Pada masa sama jelasnya, kerajaan menubuhkan jawatankua­sa OSTPC sejak 2014 yang merupakan inisiatif untuk menyelaras pengurusan dan penyelesai­an kes remaja hamil secara sehenti oleh rakan-rakan strategik kementeria­n di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia