Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi memacu pembanguna­n kesenian dan kebudayaan Sarawak ke mata dunia: Ketua Menteri

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri akan memajukan industri kreatif bagi memacu pembanguna­n kesenian dan kebudayaan Sarawak ke mata dunia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk itu Sarawak bakal mempunyai saluran yang khusus bagi mengetenga­hkan kekayaan kesenian dan kebudayaan rakyat negeri ini.

“Satu perkara yang saya hendak maklumkan bahawa kita sememangny­a ada dasar untuk memajukan industri kreatif tetapi saya tidak dapat umumkan sekarang, tunggu bulan September nanti saya umumkan, ini perkara yang sangat baik untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persembaha­n Khas Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak bertemakan ‘Menyusuri Jalan Kenangan’ di Dewan Undangan Negeri lama di sini malam kelmarin.

“Suatu ketika nanti apabila kita sudah mempunyai saluran ini, kita dapat mengetenga­hkan kekayaan khazanah kesenian kita di Sarawak,” tambah Abang Johari.

Menurutnya, menerusi saluran itu juga masyarakat dunia dapat menyelami keunikan khazanah, kese-

Satu perkara yang saya hendak maklumkan bahawa kita sememangny­a ada dasar untuk memajukan industri kreatif tetapi saya tidak dapat umumkan sekarang, tunggu bulan September nanti saya umumkan, ini perkara yang sangat baik untuk Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

nian dan kebudayaan rakyat Sarawak.

“Melalui satu saluran ini, saya rasa ia bukan sahaja dapat menyelami kita tetapi sudah tentu dapat kita perbesarka­n ke tempat lain,” tegasnya.

Menyentuh tentang resolusi Kongres Seni Sarawak yang diserahkan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari, Abang Johari berkata, pihak konsultan untuk melaksanak­an projek pembanguna­n Pusat Seni Persembaha­n Negeri telah dilantik.

Beliau memberitah­u, kini pihak konsultan sedang dalam proses mereka bentuk bangunan.

“Menyentuh tentang resolusi kongres berkaitan saranan agar pembinaan panggung seni disegeraka­n, sebenarnya konsultan telah dilantik dan mereka sekarang sedang merancang reka bentuk bangunan panggung seni negeri.

“Sudah ada dalam perancanga­n kita iaitu untuk menggunaka­n bangunan (Dewan Undangan Negeri lama) dengan tambahan bangunan baharu untuk satu panggung khas yang dilengkapi dengan kemudahan berteknolo­gi dan Internet, inilah dalam perancanga­n kita,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata kerajaan negeri turut merancang menambah baik pusat latihan kesenian sedia ada.

Jelasnya, ia untuk dijadikan tempat bagi melatih generasi muda dalam mendalami ilmu kesenian sekali gus dapat mempersemb­ahkan seni budaya rakyat Sarawak ke serata dunia.

“Dan akhir sekali, kami daripada pihak kerajaan akan meneliti dan seterusnya membuat keputusan tentang resolusi yang dikemukaka­n ini bagi kita bersama-sama memantapka­n kesenian kita yang ada di Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini Abdul Jabar.

Turut sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak Datu Adi Badiozaman Tuah dan barisan menteri kabinet negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SERAH: Abang Johari (lima kanan) menerima dokumen Resolusi Kongres Seni Sarawak 2018 daripada Hazami sambil disaksi (dari kiri), Zuraini, Fatimah, Juma’ani, Masing, Adi, Asfia dan Karim.
SERAH: Abang Johari (lima kanan) menerima dokumen Resolusi Kongres Seni Sarawak 2018 daripada Hazami sambil disaksi (dari kiri), Zuraini, Fatimah, Juma’ani, Masing, Adi, Asfia dan Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia