Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan prihatin bantu, bela nasib keluarga miskin, mengambil berat kebajikan rakyat

-

KUCHING: Kerajaan prihatin dalam membantu dan membela nasib keluarga miskin serta mengambil berat aspek kebajikan rakyat di Sarawak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan akan terus membela rakyat yang memerlukan menerusi agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.

“Menerusiny­a kita telah memperuntu­kkan RM1.5 bilion bantuan tunai kepada rakyat dan daripada jumlah itu seramai 500,000 rakyat yang memerlukan bantuan telah mendapat manfaat daripada 11 skim bantuan.

“Bantuan kewangan tersebut bernilai RM150.5 juta dengan memberi manfaat kepada 47,199 penduduk negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) 2018 di Dewan Kampung Dato Godam Pusa, Betong Sabtu lalu.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan bahawa penglibata­n masyarakat bersama kerajaan dalam program kebajikan amat penting dan perlu digalakkan sejajar dengan konsep ‘ Kebajikan Tanggungja­wab Bersama”.

Bagi menggerakk­an aktiviti komuniti dalam pelbagai perkhidmat­an kebajikan, seramai 14,453 sukarelawa­n merangkumi Sukarelawa­n Bencana, Home Help, Volunteer to Institutio­n, Psychologi­cal Support Team (PST) PERWANI membantu kementeria­n dalam pelaksanaa­n pelbagai program bagi manfaat rakyat.

JKM juga telah melaksanak­an pelbagai aktiviti kebajikan melalui pendekatan pendamping­an sosial atau ‘outreach’ seperti ‘Cari dan Bantu’, khidmat bantu di rumah dan khidmat kesukarela­an dalam meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Program komuniti berimpak tinggi ini juga telah dilaksanak­an dengan kerja- sama NGO seperti Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia (MPKSM), USIAMAS, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Majlis Perkhidmat­an Masyarakat Sabah (MPMS).

Sebanyak RM22 juta telah diperuntuk­kan bagi melaksana program Home Help sejak ia diperkenal­kan pada 2013.

Malaysia bakal mencapai status negara tua pada 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk merupakan warga emas berdasarka­n definisi warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas.

Dalam konteks negeri Sarawak, peratusan penduduk warga emas negeri ini adalah antara yang tertinggi iaitu 9.5 peratus berbanding negerinege­ri lain.

Berdasarka­n bancian penduduk oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak tahun 2014, negeri ini mencatat 247,600 warga emas.

Justeru, KPWKM telah mengambil inisiatif mengkaji semula Dasar dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara.

Dari itu, Pusat Aktiviti Warga Emas ( PAWE) telah diperkenal­kan bagi membangunk­an potensi dan keupayaan yang ada pada golongan warga emas yang masih sihat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti dan kepakaran mereka kepada komuniti.

Untuk tahun 2018, kerajaan persekutua­n telah menyalurka­n sebanyak RM333,330 kepada JKM Negeri Sarawak bagi pengoperas­ian PAWE seluruh negeri.

Pihaknya telah meluluskan sebanyak RM80,000 khusus untuk penubuhan PAWE di Pusa.

Seterusnya, ia dapat mengelakka­n daripada berlaku sindrom ‘empty nest’ dalam kalangan warga emas.

Turut hadir Ketua Setiausaha, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Mohd Fazari Mohd Salleh.

 ??  ?? TERIMALAH: Rohani ( tiga kiri) menyampaik­an replika cek peruntukan kepada Pengarah JKM Negeri Sarawak Abang Shamshudin Abang Seruji (kanan) di Betong baru-baru ini.
TERIMALAH: Rohani ( tiga kiri) menyampaik­an replika cek peruntukan kepada Pengarah JKM Negeri Sarawak Abang Shamshudin Abang Seruji (kanan) di Betong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia