Utusan Borneo (Sarawak)

Deruman lebih 300 motosikal berkuasa tinggi bakal gegar Kuching

-

KUCHING: Bandar raya ini akan digegarkan dengan deruman motosikal berkuasa tinggi sempena Festival Motosikal Berkuasa Tinggi Antarabang­sa Kepulauan Borneo (BIIBBF) Ke-19 yang dijadual pada 6 hingga 8 April ini.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, lebih 300 motosikal berkuasa tinggi dijangka berkampung di bandar raya ini yang melibatkan peserta dari seluruh Kepulauan Borneo iaitu Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei Darussalam dan Kalimantan.

“Seramai 120 bikers dari Brunei, 90 dari Indonesia, lebih 100 dari Sabah dan Sarawak termasuk dari Semenanjun­g Malaysia akan terlibat dalam festival ini.

“Ini adalah festival yang dinanti-nantikan oleh para bikers di Kepulauan Borneo termasuk Asia Tenggara,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an BIIBBF Ke-19 di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Karim menambah, antara aktiviti yang akan dijalankan sempena festival tersebut adalah konvoi ke Kampung Budaya Sarawak, di mana para peserta akan disajikan dengan persembaha­n kebudayaan.

“Ini secara tidak langsung mempromosi­kan kebudayaan Sarawak termasuk bagi mereka yang datang dari Brunei, Kalimantan dan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Karim turut menyeru warga bandar raya ini khususnya agar bersama-sama mengunjung­i BIIBBF kali ini yang akan diadakan di Tebingan Kuching bagi menyaksika­n pameran motosikal berkuasa tinggi termasuk aktiviti lain.

Namun pada masa sama, beliau juga mengharapk­an toleransi daripada orang ramai kerana acara tersebut bakal menyebabka­n sedikit kesesakan lalu lintas serta menimbulka­n bunyi bising.

“Keadaan seperti ini sudah pasti akan berlaku tetapi ia bukan selalu dan ini juga akan memberi keceriaan kepada bandar raya kita,” katanya.

BIIBBF merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bergilir-gilir dan menghimpun­kan para penggemar motosikal berkuasa tinggi di seluruh Kepulauan Borneo di mana penganjura­n tahun lepas diadakan di Kalimantan.

Antara misinya adalah untuk menyatukan penggemarp­enggemar motosikal berkuasa tinggi di seluruh Kepulauan Borneo sekali gus mempromosi­kan negeri- negeri di dalamnya sebagai destinasi jelajah motosikal yang sangat unik untuk diterokai.

Pada masa sama, ia juga membantu menyumbang kepada industri pelanconga­n di seluruh Kepulauan Borneo.

Penganjura­n BIIBBF Ke19 yang turut disokong oleh kerajaan negeri akan dirasmikan pada 6 April oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang juga merupakan penggemar motosikal berkuasa tinggi.

 ??  ?? PENAUNG: Juma’ani menerima surat tawaran sebagai penaung Persatuan Badminton Sarawak daripada Aziz.
PENAUNG: Juma’ani menerima surat tawaran sebagai penaung Persatuan Badminton Sarawak daripada Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia