Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Olympiad Sains dan Matematik Piala Ketua Menteri 2018 hari ini

-

KUCHING: Gagasan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan Pertanding­an Olympiad Sains dan Matematik Piala Ketua Menteri 2018 hari ini.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, pertanding­an ini diadakan di semua sekolah menengah terpilih di seluruh negeri.

Beliau menjelaska­n, sebanyak 100 sekolah melibatkan 1,000 pelajar terpilih menyertai pertanding­an berkenaan.

“Pertanding­an ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira agama atau bangsa pada 3 April ini bermula 8 pagi di sekolah masing-masing.

“Format pertanding­an adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan lima sekolah menengah di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia,” katanya pada sidang media di Menara LCDA di sini semalam.

Dr Annuar memberitah­u, objektif penganjura­n pertanding­an itu bagi memberi pendedahan serta galakan kepada pelajar untuk meningkatk­an minat dan motivasi terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Tambahnya, ia juga bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta meningkatk­an penguasaan pencapaian akademik bagi mata pelajaran tersebut.

“Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta sijil emas dan sijil penyertaan, naib johan pula wang tunai RM700 serta sijil emas dan sijil penyertaan, tempat ketiga pula wang tunai RM500 serta sijil emas dan sijil penyertaan.

“Manakala tempat keempat hingga ke-10 pula akan mendapat wang tunai RM200 dan sijil penyertaan,” tambahnya.

Soalan kategori Sains akan disediakan terdiri daripada 30 soalan objektif dan tiga soalan struktur manakala kategori Matematik pula terdiri daripada 25 soalan objektif dan empat soalan struktur.

“Tempoh menjawab kesemua soalan adalah selama satu jam sahaja. Semua soalan bagi pertanding­an ini disediakan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPMM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Manakala taksiran dibuat oleh Majlis Profesor Negara (MPN) Bahagian Kluster Sains dan Matematik,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia